Harian Metro

Penganalis­is setuju pilihan raya kerajaan tempatan

-

Kuala Lumpur: Penganalis­is politik bersetuju cadangan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.

Pengarah Pusat Pengajian Demokrasi dan Pemilihan Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan pernah diadakan sebelum ini, tetapi ia dihentikan pada 1970-an.

“Pilihan raya itu dihentikan disebabkan beberapa masalah kerana terlalu banyak pembabitan politik dalam pemilihan ahli majlis kerajaan tempatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, masyarakat kini lebih matang berbanding sebelum ini.

“Kematangan ini sudah terbukti dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang kita dapat lihat masyarakat membuat perubahan dengan memilih kerajaan baru (Pakatan Harapan) untuk mentadbir negara ini.

“Daripada apa yang dapat dilihat, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan akan membolehka­n orang ramai mengambil bahagian dalam peringkat pentadbira­n paling bawah di negara ini,” katanya.

Beliau juga menyifatka­n Pilihan Raya Kerajaan Tempatan akan menjadi cara lebih sihat bagi masyarakat untuk memilih siapa yang mahu mewakili mereka sebagai ahli majlis kerajaan tempatan.

“Sebelum ini anggota majlis dipilih melalui pelantikan politik dan beberapa orang awam mengadu tidak ada ketelusan dalam pentadbira­n memilih ahli majlis tempatan,” katanya.

Hamidin berkata, kajian mengenai mekanisme untuk mengadakan pilihan raya ini mungkin mengambil masa lebih tiga tahun.

“Kerajaan perlu menentukan siapa yang boleh terbabit dalam pilihan raya,” katanya.

Penganalis­is Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Fuad Othman mengulas keperluan mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.

Menurutnya, negara pernah mengadakan mesyuarat pertama Pilihan Raya Kerajaan Tempatan pada 1955 namun ketika itu masih ramai belum terdedah dan tahu mengenainy­a.

“Apabila memilih pemimpin di peringkat tempatan (mikro), kita perlu membuat kajian sejauh mana masyarakat faham mengenai pilihan raya berkenaan dan apa yang mampu mereka sumbangkan.

“Sejauh mana masyarakat sudah bersedia dengan kesan pemilihan dan menjadi sebuah negara demokrasi yang lebih tinggi selepas ini,” katanya.

Fuad berkata, calon yang dipilih juga mesti mempunyai kriteria tertentu seperti berpendidi­kan, berintegri­ti dan ada hubungan baik dengan masyarakat.

 ?? Dr Hamidin Abd Hamid ?? Pilihan raya itu dihentikan disebabkan beberapa masalah kerana terlalu banyak pembabitan politik ”
Dr Hamidin Abd Hamid Pilihan raya itu dihentikan disebabkan beberapa masalah kerana terlalu banyak pembabitan politik ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia