Harian Metro

Mahu rakyat pantau kerajaan

-

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat menjadi pemantau dan pengkritik kepada kerajaan bagi memastikan tadbir urus serta dasar yang dilaksanak­an berada di landasan betul.

Katanya, rakyat memainkan peranan penting dalam memastikan kerajaan baru tidak melakukan kesalahan dalam mentadbir negara.

“Saya beritahu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang saya akan mengajak rakyat untuk pantau setiap wakil rakyat, menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri yang juga isteri saya.

“Ini menjadi tugas kita sekarang, bukan untuk mencerca, tetapi menegur dengan penuh kasih sayang tanggungja­wab (kerajaan) ini perlu dilaksanak­an dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana Bersama Timbalan Perdana Menteri di pekarangan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam di sini, semalam.

Anwar sekali lagi menegaskan beliau tidak mahu sebarang jawatan dalam kerajaan manakala hubunganny­a dengan Dr Mahathir amat baik selain menyokong semua usaha dilakukan Perdana Menteri.

“Cukuplah isteri saya, (Dr) Wan Azizah yang menerajuin­ya bersama Tun Dr Mahathir dan barisan kepemimpin­an yang lain.

“Masih ada orang tanya betul ke Anwar maafkan Tun, saya kata betul sebab orang nak berbaik, kita berbaik la...bukan nak menyusahka­n rakyat, mencuri duit rakyat,” katanya.

 ?? Anwar Ibrahim ?? Ini menjadi tugas kita sekarang, bukan untuk mencerca, tetapi menegur dengan penuh kasih sayang”
Anwar Ibrahim Ini menjadi tugas kita sekarang, bukan untuk mencerca, tetapi menegur dengan penuh kasih sayang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia