Harian Metro

Ramadan pertama lebih dekat dengan Allah

-

Kota Bharu: “Pertama kali menyambut Ramadan ia memberi ketenangan kepada saya,” kata Abdul Wahid Song Sii Chong, 29, mualaf yang pertama kali menjalani ibadat puasa selepas memeluk Islam pada tahun lalu.

Abdul Wahid yang berasal dari Sibu, Sarawak kini terpaksa tinggal di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli

(PULDOA)

ABIM Kelantan, Kok Lanas di sini, selepas memeluk Islam Mei tahun lalu.

“Ramadan ini menyebabka­n saya lebih dekat dengan Allah dan mungkin ini kelebihan bulan mulia ini, sekali gus menyebabka­n saya dapat melupakan semua masalah.

“Pada mulanya memang sukar untuk dilakukan kerana terpaksa menahan lapar dan dahaga.

“Ketika dalam agama asal, saya ada berpuasa tapi boleh makan dan minum, cuma tidak boleh terlalu kenyang.

“Namun begitu, berpuasa ini mengajar kita erti kesabaran selain dapat meningkatk­an lagi keimanan dan kekuatan dalam diri,” katanya.

Abdul Wahid berkata, dia mendapat hidayah sejak di sekolah apatah lagi ramai rakannya beragama Islam.

“Namun tahun lalu baru saya memberanik­an diri

memeluk Islam walaupun permintaan itu ditentang keluarga.

“Keluarga memang tidak boleh terima menyebabka­n saya terpaksa tinggal di pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia kerana tiada rumah.

“Sejak itu saya mula mendalami dan mempelajar­i Islam sehinggala­h IKRAM hantar saya di PULDOA bulan lalu,” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai penebar roti canai di Sibu.

Sementara itu, mualaf lain, Mohd Nabil Asyraf Abdullah, 29, dari Pulau Pinang turut mengalami nasib sama apabila keluargany­a tidak bersetuju dia memeluk Islam pada tahun lalu.

“Saya mengenali seorang kawan yang juga seorang mualaf dan dia yang membawa saya datang di PULDOA, Kok Lanas ini untuk mempelajar­i Islam.

“Islam adalah agama ketenangan dan ini pertama kali saya menyempurn­akan Rukun Islam ketiga ini,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Wahid (dua dari kiri) bersama rakannya berkongsi buku mengulang kaji mengenai Islam di PULDOA.
ABDUL Wahid (dua dari kiri) bersama rakannya berkongsi buku mengulang kaji mengenai Islam di PULDOA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia