Harian Metro

Tamborin si cilik

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@nstp.com.my

 Kanak-kanak lima tahun tidak kekok sertai aktiviti ketuk-ketuk sahur bersama bapa

Kehadiran si cilik memainkan alat muzik tamborin dalam kelompok orang dewasa menarik perhatian ramai.

Lebih menguja apabila kanak-kanak lelaki itu menyertai kelompok 40 individu dewasa yang menjalanka­n aktiviti Ketuk-Ketuk Sahur di Kampung Pengkalan Rama Pantai (PRP) sepanjang Ramadan ini.

Si cilik Mohd Khairiz Ibrahim, lima tahun, kelihatan tidak kekok memainkan tamborin mengikut rentak dan irama dialunkan kumpulan Ketuk-Ketuk PRP 2018 ketika singgah di setiap rumah di kampung itu bermula jam 2.30 pagi hingga 5 pagi.

Pembabitan Mohd Khairiz itu membuktika­n tradisi masyarakat Melayu Melaka mengejutka­n masyarakat bangun sahur itu tidak akan berkubur.

Mohd Khairiz, anak kepada penyanyi utama kumpulan Ketuk-Ketuk PRP 2018, Ibrahim Daud, 41, dikatakan tertarik dengan minat bapanya hingga mengikut setiap langkah Ibrahim.

Ternyata kemeriahan Ramadan bukan hanya dirasai orang dewasa, malah kanak-kanak.

Menceritak­an tradisi mengejutka­n masyarakat bangun sahur dengan aktiviti ketuk-ketuk itu, Tok Sidang kampung itu, Shari Mohd Sharif berkata, kumpulan Ketuk-Ketuk PRP sentiasa meriah dan menampilka­n tarikan berbeza dengan ketuk-ketuk di tempat lain.

“Berbanding tempat lain, selain berarak, kita bermain alat muzik dan menyanyi di rumah yang disinggahi dan biasanya ahli ketuk-ketuk sahur ini seramai 40 orang pada satu malam namun ada juga pertambaha­n luar jangka.

“Bilangan penyertaan ahli ketuk-ketuk sahur ini bergantung kepada tarikan baka. Baka ini, orang di sini maksudkan jamuan yang dihidang tuan rumah,” katanya ditemui ketika menyertai Ketuk-Ketuk PRP 2018 awal pagi semalam.

Menurutnya, untuk tiga minggu pertama Ramadan, aktiviti ketuk-ketuk sahur dilakukan dua kali seminggu iaitu pada malam Sabtu dan Ahad sementara pada minggu akhir, mereka bergerak setiap malam.

“Sambutan bukan saja dilihat dalam bilangan ahli kumpulan ketuk-ketuk, malah permintaan penduduk yang meminta kita singgah ke rumah mereka.

“Ada antara penduduk menjemput kumpulan ini ke rumah mereka dan menyediaka­n jamuan kerana mahu berkongsi rezeki selain merasai sendiri kemeriahan Ramadan.

“Jadi saya selaku sidang di sini mengatur permintaan penduduk dan membuat penjaduala­n,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga mengambil inisiatif menyediaka­n baju khas buat ahli tetap kumpulan itu bagi menghargai kesungguha­n mereka.

Katanya, kumpulan terbabit berarak dari satu rumah ke satu rumah dengan memainkan alat muzik seperti tamborin, kompang, rebana dan harmonika manakala lagu yang dibawakan bergantung kepada kecekapan dan kepantasan penyanyi, namun kebiasaann­ya mengikut alunan dondang sayang.

 ??  ?? MOHD Khairiz di tengah kemeriahan kumpulan ketika bersahur.
MOHD Khairiz di tengah kemeriahan kumpulan ketika bersahur.
 ?? Shari Mohd Sharif ?? MOHD Khairiz bermain tamborin. Bilangan penyertaan ahli ketuk-ketuk sahur ini bergantung kepada tarikan baka”
Shari Mohd Sharif MOHD Khairiz bermain tamborin. Bilangan penyertaan ahli ketuk-ketuk sahur ini bergantung kepada tarikan baka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia