Harian Metro

‘Abang handsome mailah beli’

- Mohd Sharumnish­am Shahbudin cnews@nstp.com.my

 Gerai awek teh ais jadi tumpuan pengunjung Bazar Ramadan Stadium Darul Aman

Pengunjung Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darul Aman di sini, pasti tertarik dengan keramahan dan kelembutan seorang gadis mempromosi­kan teh ais di gerainya.

“Abang handsome, kakak lawa macam Neolofa tu jemput singgah beli teh ais di sini, satu RM3 saja.”

Begitulah pujukan Sharifah Nazirah Sayed Jamaludin, 18, berulang kali tanpa jemu kepada orang ramai yang lalu di hadapan gerainya.

Ternyata, cara berkenaan membawa limpahan rezeki kepadanya apabila gerainya menjadi tumpuan.

Setiap hari mereka mampu menjual sehingga 1,500 bungkus teh ais.

Sharifah Nazirah berkata, dia tidak menyangka keramahann­ya menjadi perhatian dan popular sekelip mata.

“Saya memang begini orangnya sejak dulu dan ia bukan dibuat-buat.

“Mungkin kerana itu saya dijemput pemilik gerai (Afwan Zaidi Razali, 35) yang juga bapa saudara, untuk membantu di gerai mereka sepanjang Ramadan ini,” katanya yang berasal dari Maluri, Kuala Lumpur.

Aksi bersahaja Sharifah Nazirah turut dirakam dan dimuat naik ke laman Facebook oleh pelanggan menyebabka­n ia tular di media sosial.

Katanya, niatnya sekadar membantu bapa dan ibu saudara, Hamidah Ariffin, 34, berniaga di samping menambah pendapatan untuk hari raya serta melanjutka­n pelajaran.

“Jika tidak membantu mereka, saya mungkin menghabisk­an masa di rumah di Kuala Lumpur saja bulan puasa ini,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur itu akan menyambung pengajiann­ya ke peringkat Diploma Kejurutera­an Mekanikal di Politeknik Kuantan selepas Aidilfitri nanti.

 ??  ?? SHARIFAH (tengah) mempromosi teh aisnya dengan gaya tersendiri di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman.
SHARIFAH (tengah) mempromosi teh aisnya dengan gaya tersendiri di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia