Harian Metro

Pewaris songkok Malay Bazar

-

Pilah: Pekerjaan membuat songkok sinonim dengan aktiviti kaum lelaki namun bagi Hasnisalfi­na Mohd Yunus, 50, ia bukan halangan apabila mampu meneruskan legasi ditinggalk­an arwah suaminya.

Katanya, dia belajar membuat songkok ketika mula berkahwin pada tahun 1992.

“Arwah suami membuka kedai songkok di Malay Bazar, Kuala Pilah sejak 60-an lagi dan ketika itu kedainya dikenali dengan nama M Yunus sempena nama suami Mohd Yunus Buyong.

“Ketika itu sambutan menggalakk­an kerana kedai songkok ini satu-satunya premis menjual songkok yang terdapat di Kuala Pilah.

“Selepas suami meninggal dunia pada 2004, saya mengambil alih sepenuhnya kedai songkok ini dan kini dikenali dengan nama Sri Warisan dan beroperasi di Medan Selera Kuala Pilah,” katanya.

Hasnisalfi­na berkata, perniagaan membuat songkok sememangny­a mendapat sambutan terutama menjelang Aidilfitri.

“Jumlah jualan meningkat pada musim perayaan berbanding hari biasa namun saya tidak mensasarka­n jumlah tempahan.

“Ini kerana saya sentiasa menyediaka­n stok yang banyak mengikut saiz serta jenis songkok dan setiap masa memang tersedia antara 250 hingga 300 songkok.

“Harga songkok antara RM25 hingga RM75 bergantung jenis baldu dan saiz,” katanya.

Menurutnya, untuk menghasilk­an songkok yang berkualiti ia memerlukan kepakaran dan kesabaran serta ketelitian.

“Sebab itu saya tidak mengambil pekerja kerana menjahit songkok adalah rumit dan perlu kemahiran demi kepuasan pelanggan.

“Jika diberi tumpuan sepenuhnya, saya mampu menyiapkan sepuluh songkok sehari. Bagaimanap­un, jika stok songkok mencukupi, saya akan membuat kerja sambilan iaitu menjahit baju.

“Antara baju yang saya jahit adalah baju kurung, kebaya, baju Melayu dan kemeja lelaki,” katanya ditemui di kedainya.

Hasnisalfi­na berkata, tidak dinafikan permintaan songkok semakin hari semakin menurun disebabkan peredaran zaman. Pekan: Songkok tinggi digunakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kini menjadi kegilaan golongan muda untuk digayakan di pagi Aidilfitri.

Mengambil inspirasi itu, tukang songkok di Bazar Muhibah di sini, membuka tempahan sejak beberapa bulan sebelum Ramadan khusus untuk songkok istimewa itu.

Mohd Nasrul Hassan, 46, berkata dia menggunaka­n kain diimport dari Perancis dan Itali untuk menghasilk­an songkok tinggi berukuran 10.16 sentimeter ala Tengku Abdullah beberapa tahun lalu.

Menurutnya, permintaan tinggi terhadap songkok itu bukan hanya

 ??  ?? HASNISALFI­NA menjahit songkok di premis Sri Warisan di pekan Kuala Pilah.
HASNISALFI­NA menjahit songkok di premis Sri Warisan di pekan Kuala Pilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia