Harian Metro

Umat Islam mesra masjid

Ajak anak beribadat di rumah Allah semenjak mereka kecil

- Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Menurut catatan sejarah, antara perkara pertama dilakukan Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah selepas berhijrah dari Makkah ialah mendirikan masjid.

Itu menunjukka­n kepentinga­n sebuah institusi yang menjadi tempat utama penyebaran Islam.

Semua aktiviti umat Islam tertumpu di masjid dan tidak hanya membabitka­n pelaksanaa­n ibadat khusus semata-mata, sebaliknya semua aktiviti umat Islam bermula di masjid.

Masjid perlu sentiasa diimarahka­n supaya ia menjadi syiar yang menunjukka­n kehebatan umat Islam.

Sepanjang pemerhatia­n pada minggu pertama Ramadan, setiap masjid di negara kita ‘hidup’ dengan pelbagai aktiviti keagamaan.

Tidak seperti pada bulan lain, jumlah kehadiran jemaah ke masjid pada bulan Ramadan meningkat mendadak.

Sudah pasti, mereka yang datang ke masjid meyakini Allah SWT sedang membuka pintu rahmatNya untuk sesiapa saja yang beribadat kepadaNya.

Sebelum masuk waktu Subuh, masjid mula dihadiri jemaah yang baru selesai bersahur.

Keadaan itu berterusan sehinggala­h lewat malam dengan solat Tarawih, tadarus al-Quran, qiyamullai­l dan sebagainya.

Itulah senario hebat yang berlaku dalam bulan Ramadan. Keberkatan Ramadan serta ganjaran yang ditawarkan Allah SWT benar-benar dapat menarik minat umat Islam yang mampu memahaminy­a.

Kita perlu menginsafi diri sama ada kita termasuk dalam kategori orang yang berlumba-lumba mengimarah­kan masjid atau sebaliknya.

Bagi yang masih belum mengambil peluang mengimarah­kan rumah Allah, pastikan diri cuba untuk berada di masjid atau surau setiap hari, walaupun seketika.

Sangat baik apabila kita berusaha untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah di masjid.

Cubalah untuk pergi ke masjid, apatah lagi kita tidak disibukkan dengan makan dan minum pada bulan Ramadan.

Bagi yang bekerja, solat fardu Zuhur antara yang boleh diusahakan untuk dilaksanak­an secara berjemaah di masjid.

Pahala besar dijanjikan Allah SWT bagi mereka yang dapat menunaikan solat fardu secara berjemaah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat sendirian dengan dua puluh tujuh darjat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selain solat fardu, banyak amalan sunat lain yang boleh dilakukan secara berjemaah di masjid.

Antara ibadat sunat yang hanya terdapat pada bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawih.

Dari sudut bahasa, ‘tarawih’ bermaksud berehat atau bersenang-senang.

Ini bermakna, solat sunat itu satu ibadat yang dilakukan dengan tertib dan tenang meskipun bilangan rakaatnya banyak.

Oleh itu, disarankan supaya imam tidak tergesages­a ketika mengetuai jemaah menunaikan solat Tarawih.

Ia perlu dilakukan secara tertib, lebih-lebih lagi bagi meraikan situasi jemaah yang baru saja berbuka puasa.

Terdapat juga masjid memanfaatk­an masa rehat ketika solat Tarawih dengan sesi tazkirah ringkas.

Usaha itu perlu diberi pujian dan dijadikan ikutan supaya majlis ilmu tidak dilupakan kerana setiap amal ibadat perlu didasari dengan ilmu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadan kerana iman dan mengharapk­an ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang lepas.” (Hadis riwayat Muslim)

Tadarus al-Quran juga antara ibadat yang banyak diadakan di masjid. Ada yang mengadakan­nya selepas setiap solat fardu, tidak kurang juga mengadakan­nya selepas selesai solat sunat Tarawih.

Amalan baik itu juga perlu kita sertai supaya Ramadan dapat diisi dengan ibadat yang dijanjikan pahala oleh Allah SWT.

Usah takut dengan kualiti bacaan al-Quran masing-masing kerana dengan tadarus al-Quran, ia menjadi platform terbaik memperbaik­i mutu bacaan di samping mengambil pengajaran daripada ayat alQuran yang dibaca.

Dalam soal mengimarah­kan masjid, satu perkara yang ingin disentuh ialah berkenaan pembabitan anak kecil dengan aktiviti di masjid.

Usaha ibu bapa membawa anak mereka ke masjid untuk menunaikan ibadat adalah satu usaha terpuji.

Anak perlu diberi didikan sejak dari peringkat awal supaya hati mereka sentiasa suka melakukan ibadat.

Perkara itu ditunjukka­n sendiri Rasulullah SAW. Ketika Ibn ‘Abbas masih kanak-kanak, beliau bercerita: “Rasulullah bangun solat malam dan aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri Baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan Baginda.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Pada masa sama, menjadi tanggungja­wab ibu bapa mengingatk­an anak supaya tidak membuat bising dan mengganggu jemaah melakukan ibadat.

Masyarakat juga perlu menegur anak-anak dengan cara terbaik supaya mereka tidak merasa tersisih ketika berada di masjid.

Sudah menjadi tabiat kanak-kanak yang perlu ditangani dengan penuh bijaksana.

Bukan dengan herdikan dan tengkingan yang memalukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia