Harian Metro

Denda sengaja lewat qada puasa

- Sumber: Irsyad Al-Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Pada bulan puasa tahun lalu, saya dalam pantang bersalin. Jadi, sebulan puasa saya tidak berpuasa.

Sekarang saya masih menyusukan anak berusia 11 bulan. Perlukah saya: 1. Qada puasa saja atau 2. Qada puasa dan bayar fidyah atau

3. Tidak perlu puasa tetapi bayar fidyah saja.

Pertama sekali, kita perlu jelas maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat.

Dalam adat Melayu, pantang selepas bersalin ada beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.

Menurut syariat pula, berpantang boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas.

Hukum nifas adalah seperti hukum haid pada perkara haram dilakukan iaitu solat, puasa, membaca mashaf al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjimak juga bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut.

Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari manakala maksimumny­a pula selama 60 hari.

Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms 143 144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadat puasa Ramadan.

Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqada.

Ini berbeza dengan solat fardu yang tidak perlu diganti. Perkara itu berdasarka­n hadis Muslim riwayat Aisyah bahawa kaum wanita diperintah­kan untuk mengqadaka­n puasa Ramadan yang ditinggalk­an akibat haid dan juga nifas, tetapi tidak bagi solat fardu.

Pada asalnya, hukum wanita yang menangguhk­an qada puasanya sehingga masuk Ramadan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya qada puasa dan membayar satu mud (secupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah) bagi setiap puasa yang ditinggalk­an dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadan bagi tahun yang baru.

Namun, pengecuali­an diberikan jika penangguha­n itu bersebabka­n uzur syarie. (Rujuk al-Iqna’ (ms 352)

Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mutamad (2/200): “Jika seseorang wanita itu melewatkan qada puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir sehingga masuk ke Ramadan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qada saja.”

Dalam kes di atas, wanita berkenaan hendaklah menggantik­an puasa yang ditinggalk­an ketika nifas dahulu.

Jika dia melewatkan puasa sehingga masuk ke Ramadan yang baru, maka hendaklah diganti puasa dan membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalk­an.

Jika dia tidak menggantik­an puasa atas sebab keuzuran seperti masih menyusukan anak, lalu masuk ke Ramadan yang baru, maka tidak perlu membayar fidyah tetapi tetap perlu menggantik­an puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia