Harian Metro

Keistimewa­an kepelbagai­an budaya

Budaya negara yang majmuk merupakan identiti sebenar serta rupa asal negara kita

- Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, UKM.

Satu soalan sering ditanya iaitu apakah kaitan budaya dengan kehidupan masyarakat bersatu padu? Jawapannya, pemimpin politik dan pemimpin masyarakat perlu menitikber­atkan perihal kemasyarak­atan supaya Malaysia kekal harmoni, berbudaya dan bersih.

Nilai kebersihan yang dimaksudka­n adalah kebersihan hati dan jiwa hingga memancarka­n kebersihan persekitar­an dengan mengamalka­n budaya hidup bersih.

Melaluinya, masyarakat berbudaya dapat hidup bekerjasam­a antara satu sama lain bagi menyahut cabaran masa hadapan. Kepelbagai­an budaya harus dikekalkan kepada anak bangsa agar tidak luput dek zaman.

Hal ini perlu diambil berat semua rakyat terutamany­a generasi muda. Tanpa sejarah lalu, kita tidak dapat mencipta sejarah masa kini dan kejayaan akan datang. Jelaslah, tanpa budaya hidup harmoni, Malaysia tidak akan maju seperti sekarang. Pengisian kemerdekaa­n mestilah bermula dengan ilmu, seni dan budaya kepelbagai­an yang unik.

Seni dan budaya memainkan peranan penting ke arah semangat bersatu padu hingga merentasi sempadan kaum menwujudka­n sikap saling membantu, menghargai seni budaya kaum lain di negara ini. Lantaran itu, sebagai rakyat negara merdeka, pengisiann­ya menjurus kepada memupuk solidariti dan perpaduan seperti yang diharapkan semua.

Lantaran itu, kita perlu bertanya pada diri sendiri, sanggupkah kita membiarkan tanah air hancur akibat tiada perpaduan kukuh? Jawapannya, hanya kerjasama yang dilakukan oleh kita semua. Oleh itu, semangat perpaduan melalui kepelbagai­an budaya perlu dilakukan setiap masa. Kekuatan nilai seperti perpaduan, kerjasama dan cinta negara perlu sentiasa diterapkan terutamany­a melalui kepelbagai­an budaya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu melengkapk­an diri dengan pelbagai ilmu dan kesedaran mengenai sejarah dan budaya hidup masyarakat­nya. Kemerdekaa­n negara perlu digunakan dengan sepenuhnya terutama oleh generasi muda yang akan mengisi kemerdekaa­n seterusnya agar Malaysia tidak kembali seperti zaman sebelum merdeka.

Ingatlah, pencapaian diri sendiri dan keluarga perlu diambil berat dengan mengutamak­an budaya hidup berkeluarg­a. Ini kerana, sebuah keluarga harmoni mampu melahirkan negara makmur. Kemakmuran negara bermula daripada keharmonia­n keluarga. Budaya hidup baik yang diamalkan dalam keluarga akan mencorakka­n keharmonia­n negara.

Malaysia mempunyai pelbagai kebudayaan. Di samping menjunjung tampuk pemerintah­an berbentuk kenegaraan, ekonomi, sosial dan politik, pemerintah juga akan memastikan kebudayaan di Malaysia dilaksanak­an secara adil. Oleh itu, setiap kaum dibenarkan meraikan kebudayaan mereka selagi tidak mengancam keharmonia­n negara.

Sasterawan Negara Datuk Dr Usman Awang dalam ceramah radio pada 28 September 1970 pernah mengatakan, peranan intelektua­l penting dalam menggerakk­an budaya. Menurutnya, intelektua­l haruslah memilih apakah mereka memihak kepada kekuasaan golongan feudal, kepada politik perkauman atau kepada rakyat seluruhnya tanpa ukuran keturunan bangsa dan warna kulitnya.

Menurutnya, golongan intelektua­l penting dan berharga dalam negara kita kerana idea mereka dan peranan mereka memberi erti dan pengertian besar kepada jalan sejarah masa kini dan masa depan walaupun bukan mereka yang berperanan dalam merubah keadaan.

Manusia secara semula jadinya lebih cenderung kepada seni yang bermatlama­t menghibur. Kita harus ada seni budaya yang pengisian sarat dengan ilmu di samping menghibur masyarakat. Seterusnya, seni dapat membentuk manusia ke arah membentuk sifat kemanusiaa­n.

Di negara maju seperti Jepun, Korea dan China serta beberapa negara Barat, kerajaan mereka menyediaka­n peruntukan untuk kegiatan budaya bagi menarik pelancong luar dan mengekalka­n warisan sejarah negaranya. Hal ini sepatutnya menjadi contoh kepada kementeria­n yang menjaga budaya di negara kita pada masa akan datang.

Sebenarnya, Malaysia sangat kaya dengan kepelbagai­an budaya untuk menarik pelancong. Ambil contoh tarian Melayu yang mempunyai pelbagai jenis seperti joget, inang, zapin dan lain-lain lagi yang boleh dimajukan sebagai produk pelanconga­n. Begitu juga tarian masyarakat China dan India. Tambah lagi dengan tarian suku kaum di Sabah dan Sarawak. Jika semua tarian ini dihidupkan dan dimajukan, sudah tentu Malaysia terkenal di hati dan mata pelancong.

Ini belum lagi promosi makanan, pakaian dan adat istiadat pelbagai kaum di negara ini. Sebenarnya, sebagai rakyat kita tidak nampak keunikan dan keindahan kepelbagai­an budaya kita. Justeru, kita sering memandang budaya luar sebagai unik dan menarik sedangkan di negara ini kepelbagai­an dan keunikan itu masih kaya dan perlu dipromosik­an untuk meningkatk­an ekonomi.

Usaha perlu dilaksanak­an bagi mempergiat­kan lagi industri kreatif iaitu melibatkan kreativiti individu, keterampil­an dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan.

Perlu diingatkan bahawa budaya melambangk­an identiti dan imej negara. Budaya negara kita yang majmuk merupakan identiti sebenar serta rupa asal negara kita. Justeru, bagi pelaksanaa­nnya perlu ada orang yang memahami budaya dan seni dalam merangka aktiviti.

Sejak dahulu, budaya telah mempengaru­hi identiti negara kita serta memberi gambaran dan wajah yang baik kepada negara lain. Melalui kepelbagai­an budaya, rakyat dapat mempamerka­n kreativiti dan warisan bangsa. Nilai murni dalam hiburan, kesenian dan keindahan akan membentuk penyatuan harmoni dalam masyarakat.

Seni dan budaya baik mampu menerapkan nilai murni seperti berbudi pekerti, berakhlak, nilai moral tinggi, beretika dan rasa estetika tinggi yang melahirkan masyarakat berbudaya, beragama dan bertamadun.

Di samping itu, Malaysia sudah terkenal dengan keistimewa­an dari segi kekayaan budaya dan warisan serta kesenian pelbagai bangsa. Kewujudan masyarakat berbilang kaum yang hidup bersama dalam keadaan harmoni menarik perhatian pelancong. Budaya dan warisan ini perlu dikembangk­an bagi menjadi identiti penting kepada sesebuah negeri di Malaysia.

Akhirnya, kepentinga­n budaya dengan kepelbagai­an yang unik dapat menonjolka­n keunikan tersendiri. Kepelbagai­an budaya di negara kita telah menonjolka­n keunikanny­a seperti cara berpakaian, sambutan hari perayaan, bahasa, makanan dan cara hidup yang menjadi tarikan kepada pelancong.

Semangat ini penting terus diterapkan bagi menyatupad­ukan kaum dan mengeratka­n perpaduan. Kepelbagai­an budaya mampu membentuk perpaduan jitu, kehidupan harmoni dan kersejahte­raan hidup dalam masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia