Harian Metro

Mak Cun berbentuk animasi

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Selepas mencetuska­n fenomena, pengarah dan pelakon Erma

Fatima merancang mengembang­kan lagi empayar jenama Mak Cun ke tahap lebih tinggi.

Menurut pelakon utama drama bersiri TV popular Mak Cun ini, banyak perancanga­n untuk mengembang­kan empayar Mak Cun termasuk projek filem animasi.

“Selepas pelancaran dunia permainan digital menerusi Mak Cun’s Adventure, pihak kami merancang kembangkan lagi jenama Mak Cun dengan projek filem animasi dan macam-macam lagi.

“Namun, saya perlu habiskan dulu projek drama dan telefilem Mak Cun terlebih dahulu.

“Antaranya drama khas Mak Cun pergi ke London untuk berjumpa kanakkanak yang pekat dengan dialek Kelantan iaitu Fatimah yang tular di media sosial selepas raya nanti.

“Drama berbentuk travelog ini memaparkan perjalanan solo Mak Cun dari Kuala Lumpur ke London dan Birmingham menaiki kereta api,” katanya.

Erma ditemui pada majlis pelancaran Mak Cun’s Adventure yang berlangsun­g di Bukit Lanjan, Selangor barubaru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali.

Ditanya sambutan Mak Cun 4 pula, Erma berkata dia gembira drama itu mendapat sambutan penonton sejak bersiaran di slot Dahlia

TV3 setiap Sabtu dan Ahad bermula 7 April lalu.

Selain Erma, Mak Cun 4 menampilka­n barisan pelakon seperti Datin

Paduka Umie Aida, Datuk Awie, Erra Fazira, Ziana

Zain, Aiman Tino dan ramai lagi.

“Drama Mak Cun menyertai New York Fashion Week pula akan ditayangka­n untuk edisi khas Aidilfitri nanti.

“Jika ada tawaran dari pihak stesen TV3 untuk buat drama Mak Cun musim

Erma rancang kembangkan

empayar drama bersiri

TV popular ke tahap lebih

tinggi

kelima, saya tidak akan menolaknya.

“Saya tidak ada masalah untuk kembangkan lagi jalan cerita Mak Cun kerana kisah hidup Mak Cun sendiri sebagai usahawan pun banyak masalah,” katanya.

Saya tidak ada masalah untuk kembangkan lagi jalan cerita Mak Cun

“Dari sudut lain, saya mahu paparkan kebangkita­n orang Melayu dalam dunia perniagaan.

“Selain itu, saya juga paparkan cucu Mak Cun juga hebat dalam Matematik kerana kita tahu pelajar Melayu tidak suka subjek Matematik,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? EMMA pada majlis pelancaran Mak Cun's Adventure.
EMMA pada majlis pelancaran Mak Cun's Adventure.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia