Harian Metro

Tonjol kebolehan berbahasa mandarin

-

Penyertaan mereka dalam pertanding­an itu nanti akan ditaja sepenuhnya Ibu Pejabat Institut Confucius (HANBAN), Beijing di China.

Pengarah Institut Kong Zi, Prof Madya Dr Noor Zalina Mahmood berkata, seramai 31 penuntut universiti awam dan swasta dari seluruh negara mengambil bahagian dalam pertanding­an edisi kelapan itu.

Katanya, mereka terdiri daripada penuntut universiti atau kolej tempatan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun yang bukannya penutur jati bahasa Mandarin.

“Pertanding­an ini diadakan dengan kerjasama Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia dan ditaja HANBAN.

“Matlamatny­a adalah untuk memberi peluang kepada penuntut pelbagai bangsa yang terdiri daripada Melayu, India dan lain-lain menunjukka­n kebolehan mereka bertutur dalam bahasa Mandarin.

“Pertanding­an itu juga bertujuan memupuk minat dan memberi pendedahan kepada penuntut universiti untuk mempelajar­i bahasa Mandarin serta mengenali budaya masyarakat Cina.

Menurut Dr Noor

Zalina, pertanding­an itu di bahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B dengan setiap satunya memberi markah sebanyak 50 peratus.

Katanya, pemarkahan bahagian A diberi mengikut pecahan iaitu pengenalan diri (10 peratus), pengucapan awam mengikut tema ditetapkan (30 peratus) dan sesi soal jawab bersama juri (10 peratus).

“Sementara itu, bahagian B menguji kreativiti peserta membuat persembaha­n bercirikan elemen kebudayaan Cina seperti menyanyi, menari, bermain permainan tradisiona­l, muzik dan lain-lain.

“Menariknya, kostum dan peralatan perlu disediakan sendiri oleh peserta untuk persembaha­n yang mengambil masa antara tiga hingga lima minit,” katanya.

Pertanding­an itu diadakan sejak 2002 dan tahun ini, ia dirasmikan Pengarah Pejabat Kebudayaan Kedutaan China di Malaysia Zhang Jie Xin.

Antara universiti yang menghantar wakil bagi menyertai pertanding­an berkenaan adalah

UiTM, UPM, Universiti

Utara Malaysia (UUM ), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Islam Antarabang­sa (UIAM), Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).-Redzuan Muharam

Bakal pamer kehebatan dalam

Pertanding­an ‘The 17TH Chinese Bridge’ di Wilayah

Hunan, China Pertanding­an ini diadakan dengan kerjasama Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia dan ditaja HANBAN

 ??  ?? NURAININA Natasha dinobatkan sebagai juara manakala Muhammad Syafiq Farhan bergelar naib juara.
NURAININA Natasha dinobatkan sebagai juara manakala Muhammad Syafiq Farhan bergelar naib juara.
 ??  ?? UCAPAN dalam bahasa Mandarin.
UCAPAN dalam bahasa Mandarin.
 ??  ?? PESERTA bergambar selepas majlis penyampaia­n hadiah.
PESERTA bergambar selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? KEBOLEHAN bermain muzik turut ditunjukka­n.
KEBOLEHAN bermain muzik turut ditunjukka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia