Harian Metro

RAMAI PELAJAR SAHUR AWAL

-

Sebahagian penuntut kurang gemar bangun sahur kerana tidak mahu mengganggu saat lena selain enak dibuai mimpi indah.

Menelaah hingga jam 2 pagi juga antara alasan popular susah bangun sahur.

Rutin harian waktu tidur yang tiba-tiba bertukar pada bulan mulia ini, menjadikan mereka mengambil jalan mudah dengan bersahur awal, iaitu pada tengah malam sebelum masuk tidur.

Cukup sekadar minum air dan makan kurma sebagai alas perut hingga waktu berbuka.

Penuntut tahun dua Kejurutera­an Mekanikal, Universiti Malaya (UM) Muhammad Rais Syahmi Nor Azli, 21, mengakui jarang bersahur berikutan selalu tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran.

Katanya, kebiasaann­ya dia akan makan awal iaitu sekitar jam 12 tengah malam sebelum masuk tidur.

“Saya tidak bangun sahur sebab tidak mahu ganggu waktu tidur, kalau paksa bangun juga, saya akan penat.

“Tapi saya bangun sekejap untuk solat Subuh, selepas itu tidur semula sebelum bersiap ke kelas,” katanya.

Katanya, dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan dan tidak lapar biarpun tidak bersahur serta masih melakukan aktiviti di kampus seperti biasa

“Mungkin sudah terbiasa, cuma apa yang saya amalkan supaya kekal cergas sepanjang puasa ialah minum banyak air dan makan kurma pada waktu malam,” katanya.

Penuntut berasal dari Johor Bahru, Johor, Nik Misya Nik Mazlan, 21, pula berkata dia jarang bersahur, jika bangun sekali pun sekadar minum air.

Katanya, berikutan minggu cuti ulang kaji semeter ini pada bulan puasa, banyak aktiviti pengajian bertumpu kepada menelaah.

“Disebabkan tidak bersahur, kadang-kadang lapar juga. Mula-mula puasa rasa penat, tapi lama-lama sudah terbiasa.

“Kalau rasa lapar selalunya saya akan siapkan tugasan atau tutorial dan ulang kaji. Apabila menelaah, hilang sedikit pasal lapar.

“Tetapi kalau tidak buat semua itu, saya layan media sosial Facebook atau Instagram,” katanya.

Menurutnya, suasana sahur yang berbeza di kolej kediaman berbanding rumah menyebabka­n kurang gemar bersahur.

“Di kolej kediaman, saya perlu ke kafe membeli makanan untuk bersahur, tapi selalunya selepas penat

Antara faktornya

ialah menelaah hingga lewat malam Saya tidak bangun sahur sebab tidak mahu ganggu waktu tidur, kalau paksa bangun juga, saya akan penat

 ??  ?? SAMBIL bersahur penuntut boleh menyiapkan tugasan pengajian.
SAMBIL bersahur penuntut boleh menyiapkan tugasan pengajian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia