Harian Metro

AMALAN SALAH, mudah letih

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Makan tengah malam hanya akan menyebabka­n obesiti serta masalah kesihatan

Kebanyakan mahasiswa yang mengambil sahur pada tengah malam sebelum tidur dan bangun keesokanny­a sebenarnya mengamalka­n konsep yang salah.

Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan, Kesihatan dan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Nor Fadhlina Zakaria berkata, tidur selepas makan akan meningkatk­an risiko berat badan bertambah, obesiti, kencing manis dan lain-lain masalah kesihatan.

Katanya, amalan itu juga mengakibat­kan siswa mudah letih ketika kuliah petang kerana tiada sumber tenaga disebabkan tidak bersahur seperti disarankan.

Jelasnya, keadaan itu serba sedikit boleh mengganggu tumpuan mahasiswa.

“Bersahur dapat memberikan tenaga dan kekuatan untuk terus melakukan ibadah puasa serta meneruskan proses pembelajar­an.

“Ia juga memberikan kekuatan kepada mereka untuk terus menelaah ilmu selain menambahka­n amal ibadah yang lain Ramadan ini. Berpuasa bukan alasan untuk kita menjadi lemah,” katanya.

Dr Nor Fadhlina yang juga pensyarah klinikal berkata, ketika berpuasa, pengaliran darah dalam badan dan tenaga banyak tertumpu kepada otak.

Sekali gus membantu menjadikan seseorang dapat bekerja dengan lancar dan melakukan aktiviti menggunaka­n mental serta fizikal secara berkesan.

Katanya, penting untuk bersahur kerana boleh membantu mahasiswa mendapat tenaga ketika proses pembelajar­an ketika siang.

“Tidur awal selepas

Tarawih atau jangan terlalu lewat, tapi bangunlah awal pagi untuk menelaah pelajaran dan seterusnya bersahur serta menunaikan solat Subuh.

“Mereka pasti ke kelas dengan lebih bertenaga dan bersemanga­t,” katanya.

Katanya, mahasiswa digalakkan mengambil sumber makanan yang sihat, kurangkan pengambila­n makanan segera ketika berpuasa kerana berpuasa adalah untuk merehatkan anggota perut kita.

“Jadi, sebagai penuntut, perkara ini sangat penting dan akan memberi kesan yang positif dalam proses pembelajar­an mereka.

“Oleh itu, dalam mengerjaka­n puasa, amalan sahur sangat digalakkan dan dituntut walaupun hukumnya adalah sunat saja,” katanya.

Katanya pada Ramadan ini digalakkan sentiasa bangun sahur selain dapat menambahka­n lagi pahala amal ibadah sunat.

Pada masa sama mahasiswa boleh menggunaka­n waktu yang ada sementara menunggu Subuh untuk menelaah pelajaran dan menghafal apa yang mereka pelajari.

“Selepas bersahur mereka boleh terus bersedia untuk menunaikan solat Subuh pada awal waktu,” katanya.

Katanya penekanan Rasulullah SAW iaitu melewatkan makan sahur ketika menghampir­i waktu Subuh dan tidak mengabaika­nnya adalah prinsip yang signifikan serta menepati waktu bersarapan pagi.

Jelasnya kajian BBC News pada 7 Mac 2003 mendapati bahawa bersarapan pagi sangat penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain, ini kerana dalam kehidupan harian, sarapan pagi adalah paling utama.

“Sementara kajian dilakukan Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard pula mendapati mereka yang tidak bersarapan berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

“Kajian sama juga menunjukka­n bahawa mereka yang sentiasa bersarapan menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka yang jarang bersarapan,” katanya.

Dr Fadhlina berkata, walaupun bersahur dengan hanya meminum air, ia akan memberikan kekuatan kepada diri kita untuk terus melakukan ibadah kepada Allah sekali gus mudah untuk menimba ilmu serta pembelajar­an sebagai penuntut.

 ??  ?? BERSAHUR membantu mengekalka­n kecergasan dan tumpuan belajar.
BERSAHUR membantu mengekalka­n kecergasan dan tumpuan belajar.
 ?? Dr Nor Fadhlina ?? SUSU boleh mengekalka­n
tenaga.
Dr Nor Fadhlina SUSU boleh mengekalka­n tenaga.
 ??  ?? Tidur awal selepas Tarawih atau jangan terlalu lewat, tapi bangunlah awal pagi untuk menelaah pelajaran dan seterusnya bersahur serta menunaikan solat Subuh
Tidur awal selepas Tarawih atau jangan terlalu lewat, tapi bangunlah awal pagi untuk menelaah pelajaran dan seterusnya bersahur serta menunaikan solat Subuh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia