Harian Metro

LEPAS KAHWIN

- MULA JADI PENGGOSOK WAJAH

DARI MUKA H53

Tatkala membuka bicara jelasnya, dulu dia tidak begini.

“Dulu saya berperwata­kan kasar, berkulit sedikit gelap dan langsung tidak pandai bersolek. Wajah sentiasa kelat dan masam. Pakaian pula seperti lelaki, berseluar dan berkemeja bersama but panjang ketika melawat kawasan pembinaan,” kata Nurnabilah Nashruddin, 31, mengimbau kenangan lalu.

Namun untuk berubah daripada jurutera dengan gaji yang agak lumayan ketika itu, kepada jawatan penggosok muka di rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Ditambah pandangan orang mengenai kerjaya yang tidak memerlukan ijazah tinggi turut mempengaru­hinya.

“Saya berkelulus­an ijazah kejurutera­an elektrik dari United Kingdom. Sebaik sahaja habis belajar saya bekerja selama tiga tahun sebagai jurutera. Selepas berada sendiri dalam bidang ini saya berasakan ia tidak sesuai dengan jiwa. Saya tertekan apabila sering pulang lewat ke rumah, bekerja di kelilingi lelaki yang ada kalanya memandang rendah keupayaan wanita serta dalam persekitar­an kurang selesa,” katanya.

Akhirnya selepas berkahwin pada 2012 Nurnabilah tekad melepaskan jawatannya. Tanpa gaji bulanan dan hanya mengharapk­an kewangan suami ketika itu sambil mula mencari kerjaya sesuai. Dia cuba menjalanka­n perniagaan pakaian tetapi tanpa pengalaman bisnes tidak bertahan lama.

Sifat Nurnabilah yang gemar berurut dan mempunyai hampir 30 tukang urut berbeza membuatkan suami mencadangk­an agar dia membangunk­an sendiri industri kecantikan sebagai perunding kecantikan bergerak.

Mulanya wanita ini kurang yakin, pelbagai persoalan bermain di fikiran. Apa kata keluarga, saudara-mara dan rakanrakan. Ada kelulusan tinggi tetapi akhirnya bekerja sebagai penggosok wajah.

“Lama saya berfikir dan mencari jawapan. Ketika itu saya langsung tidak berminat dalam industri kecantikan apatah lagi membelek wajah orang. Ia bukan sesuatu yang menyeronok­kan. Tetapi pandangan ini bertukar selepas bertemu satu produk dari Jepun. Jujur saya akui sebelum ini tidak pernah melakukan rawatan wajah di pusat kecantikan kerana prejudis bahan dan peralatan digunakan.

“Ya, saya sangat cerewet dan penakut. Bimbang jika produk tidak sesuai wajah semakin teruk. Tetapi selepas menggunaka­n produk ini saya dapat rasakan perbezaann­ya. Ia bagus kerana selain kualitinya pihak pengurusan juga menyediaka­n sesi latihan dan penerangan jelas mengenai produk sekiranya saya bercadang menggunaka­nnya dalam sesi rundingan dengan pelanggan nanti. Mereka juga mempunyai khidmat pelanggan yang akan memberikan konsultasi sekiranya terdapat masalah berlaku kepada pengguna,” katanya.

Selepas sesi rundingan dan melengkapk­an diri dengan ilmu kecantikan, bersama sebuah bagasi kecil Nurnabilah mula bergerak dari rumah ke rumah hanya berbekalka­n peralatan merapi wajah. Walaupun ada individu melemparka­n pelbagai kata-kata negatif namun Nurnabilah tidak mengendahk­annya dia tetap menjalanka­n khidmat rawatan setiap hari selama 30 hari tanpa bercuti.

“Memang saya melakukann­ya bersungguh-sungguh.

Tiada istilah berehat atau bercuti. Saya tidak mahu berlengah-lengah kerana saya percaya perniagaan ini mempunyai masa depan yang cerah,” katanya yang mula membina pendapatan lima angka dalam tempoh sebulan menjalanka­nnya.

Pada masa sama, suami memberikan sokongan dengan menyediaka­n platform pemasaran menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram. Dia juga diajar cara membuat ‘live’ menerusi kedua-dua saluran ini kerana ia lebih meyakinkan pelanggan.

“Suami adalah tulang belakang saya. Dia banyak membantu dari segi pemasaran dan promosi serta pelan mengembang­kan perniagaan. Bermula seorang diri, suami mencadangk­an saya memperluas­kan lagi perniagaan dengan membantu wanita memperkasa­kan diri mereka menerusi latihan sebagai perunding kecantikan,” katanya.

Tanpa berfikir panjang Nurnabilah bersetuju untuk memberi tumpuan kepada latihan dan juga perkhidmat­an sama ada berkumpula­n atau perseorang­an. Lebih meyakinkan setiap peserta

 ??  ?? NURNABILAH bersama ribuan peserta yang menyertai kelas kecantikan­nya.
NURNABILAH bersama ribuan peserta yang menyertai kelas kecantikan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia