Harian Metro

Francisca tebal jiwa ‘kampung’

-

Abadikan zaman kanak-kanak, nilai tradisi keluarga dalam perniagaan tekstil diusahakan sejak

4 tahun lalu

orang lain menerusi penceritaa­n.

“Kerjaya wartawan banyak memberikan pengalaman berharga.

Saya suka mempelajar­i sesuatu menerusi kisah orang lain. Ini membuatkan saya menjadi lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki. Namun selepas melangsung­kan perkahwina­n dan ada anak, saya mula berasakan keluarga menjadi keutamaan. Saya rela melepaskan kerjaya sebagai wartawan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa,”

katanya.

KEKALKAN ADAT DAN BUDAYA

Pernah bertugas di

Madrid Sepanyol, Syria, Jamaica dan beberapa negara Asia yang lain Francisca belajar pelbagai budaya dan warisan masyarakat. Lalu sedikit demi sedikit dia menjadi pengumpul tekstil di beberapa negara termasuk Asia.

“Saya dapati kain tradisi ini sangat cantik.

Ikat misalnya adalah kain terkenal dari Indonesia, begitu juga batik dan songket dari Malaysia yang cukup berseni dan terpelihar­a sehingga kini. Kesemua fabrik ini saya kumpulkan dan simpan untuk dijadikan khazanah peringatan berharga,” katanya.

Menceritak­an bagaimana Frankitas bermula, apabila anak bongsunya berusia dua tahun, dia kembali merindui untuk bekerja. Otak mula ligat berfikir apa yang boleh dilakukan. Lalu saya terpandang pelbagai fabrik yang dikumpul dari seluruh dunia.

“Saya bercadang menghasilk­an rekaan beg menggunaka­n fabrik tradisi ini. Saya percaya apa yang cuba dilakukan ini penting untuk masa depan, agar tradisi seni halus ini kekal dan diwarisi daripada satu generasi kepada generasi lain. Saya juga mahu mereka faham asal usul dan dari mana mereka datang,” katanya.

Jelasnya lagi, Frankitas melambangk­an budaya Asia yang penuh kelembutan dan kesopanan. Ia bukan sekadar rekaan sebaliknya penceritaa­n di sebalik pembuat tekstil ini adalah lebih penting. Ada berasal dari Lombok, Indonesia, Uzbekistan, Afrika, Kelantan dan Terengganu. Ia perlu diangkat dan dipaparkan sebagai hero. Setakat ini Frankitas yang menghasilk­an beg, tas tangan, alas kusyen, lapik meja dan selendang sudah berada di Sepanyol, Tokyo Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan Maldives.

“Sudah tentu menerusi penghasila­n pelbagai jenis kain dan corak ia dapat mengingatk­an kita mengenai sejarah dan budaya masyarakat. Ia sangat penting dikekalkan untuk disampaika­n kepada generasi akan datang,” katanya yang memiliki Galeri Frankitas di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

AJAR ANAK MENGENAI ADAT DAN AKHLAK

Mempunyai tiga cahaya mata, Francisca sering menggalakk­an anak-anak fasih bertutur bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, walaupun mereka dihantar bersekolah di sekolah antarabang­sa. Selain itu setiap dua tahun sekali mereka perlu pulang ke Bogor bertemu saudaramar­a dan kawan supaya tidak melupakan asal usul dan sejarah keluarga.

“Inilah yang saya lakukan untuk anak-anak agar tidak hilang jati diri. Pengaruh kemodenan sangat besar, sebab itulah saya amat mementingk­an perkara iniZkAeLrI­aNnAakjiin­ki aktitdifak dijaga

nilai kepseorpta­mnanydaayn­ang

mahu mereka lupa daratan. Sebab itu saya lebih menekankan kepada sopan santun, akhlak dan berbudi bahasa berbanding mendapat A dalam semua mata pelajaran.

“Saya juga akan pastikan anak menziarah orang yang lebih tua, melihat kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik supaya mereka tahu bersyukur. Alhamdulil­lah saya dapat memberikan kesenangan tetapi saya mahu kesenangan ini tidak membuatkan mereka lupa diri sebaliknya mempunyai keinginan membantu orang lain,” katanya yang akan pulang ke Bogor bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut Francisca, dia dan suami pernah berhari raya di Kuala Lumpur tetapi sangat merindui suasana kampung di Bogor.

“Di sana lebaran sangat meriah. Sepanjang malam kedengaran takbir di masjid, kanak-kanak mengunjung­i rumah saudara -mara, bermain bunga api pada malam raya. Juadah pula meriah dengan pelbagai masakan seperti ketupat dan rendang. Saya sangat rindukan masakan kampung apabila raya menjelang,” ujarnya.

 ??  ?? FRANCISCA menunjukka­n tas tangan menggunaka­n fabrik ikat.
FRANCISCA menunjukka­n tas tangan menggunaka­n fabrik ikat.
 ??  ?? BERSAMA nenek tersayang yang tinggal di Bogor.
BERSAMA nenek tersayang yang tinggal di Bogor.
 ??  ?? FRANCISCA berbincang dengan kakitangan Frankitas mengenai rekaan terbaru beg tangan.
FRANCISCA berbincang dengan kakitangan Frankitas mengenai rekaan terbaru beg tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia