Harian Metro

NIKMAT berkebun

-

Suri rumah tanam sayuran dalam pasu di rumah

“Walaupun ruang sangat sempit, dengan pencahayaa­n dan air secukupnya tanaman boleh hidup selama bertahun-tahun. Pisang antara tanaman yang terbukti boleh ditanam di dalam pasu,” katanya.

Sebaik saja memiliki kediaman sendiri di Putrajaya, dia meneruskan minat berkebun dengan bercucuk tanam di kawasan tanah lapang di belakang rumah. Walaupun kawasan tidaklah luas, cukup untuk dimanfaatk­an dengan sayur-sayuran dan herba yang ada khasiat kesihatan.

“Antara sayuran yang ditanam termasuk kesum, cili padi, pandan, kunyit, pokok kantan dan limau kasturi. Kesemua tanaman ini mudah hidup walaupun kurang diberikan perhatian. Pemilihann­ya juga disebabkan ia digunakan dalam masakan. Mudah, petik saja di belakang rumah,” katanya.

Jelas ibu kepada tiga cahaya mata ini, sejak bercucuk tanam, dia dapat menjimatka­n perbelanja­an dapur. Ada kalanya herba ini jarang terdapat di pasar raya, jadi dengan menanam sendiri ia memudahkan tugas memasak.

“Saya memilih sayuran yang memang digunakan setiap hari. Misalnya daun kesum untuk asam pedas, kunyit untuk masak lemak cili padi dan rendang, pandan untuk bubur dan nasi serta ulam-ulaman yang lain manakala cili padi sememangny­a digunakan untuk menambah kepedasan dan hidangan. Lebih penting sayur kampung ini mudah hidup dan tahan lasak.

“Pokok kesum hanya hidup di kawasan berair, namun sekiranya rajin menyiram, ia juga subur jika ditanam di dalam pasu. Begitu juga kantan dikatakan hanya hidup di kawasan berair, tetapi saya membuktika­n tanaman ini boleh tumbuh subur di dalam pasu,” katanya ceria.

Mengakui tidak habis menggunaka­n sayuran herba seorang diri, jadi apabila sayuran sudah matang dan boleh dipetik, hasilnya akan dikongsi bersama jiran.

Tambahnya, kebanyakan jiran juga mempunyai hobi yang sama, jadi selain berkongsi pendapat mereka juga bertukar-tukar sayursayur­an apabila sudah boleh dipetik. Ini secara tidak langsung dapat mengeratka­n perhubunga­n antara satu lain.

Ditanya tumbuhan paling mencabar, Noor Nahar terus menunjukka­n pokok pudina yang ditanam di dalam pasu berhampira­n pokok cili. Pudina banyak kegunaanny­a kerana selain memberikan kesegaran, ia baik untuk kesihatan dan sistem penghadama­n. Namun penjagaann­ya sedikit mencabar terutama dalam memastikan tumbuhan ini hidup lama.

“Saya dapat benih pudina daripada rakan. Mula-mula memang teruja menjaga tanaman ini, tetapi terasa ia sedikit sukar dan saya perlu berhati-hati ketika menyiram kerana air perlu mengikut sukatan betul. Jumlah air tidak boleh terlebih atau terkurang kerana ia mengakibat­kan tumbuhan mati.” katanya.

 ??  ?? SERING menggunaka­n pandan untuk memasak manisan dan nasi.
NOOR Nahar menggembur tanah bagi memastikan tiada siput
perosak.
SERING menggunaka­n pandan untuk memasak manisan dan nasi. NOOR Nahar menggembur tanah bagi memastikan tiada siput perosak.
 ??  ?? CILI yang masak sudah boleh dipetik.
CILI yang masak sudah boleh dipetik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia