Harian Metro

Muka berubah ditanya persiapan puasa, raya

-

Sepanjang Ramadan ini, SS sempat menghadiri beberapa majlis berbuka puasa anjuran pelbagai pihak. Ia bukan sekadar berbuka puasa sematamata tetapi diselitkan dengan pelancaran atau sidang media aktiviti seni.

Dah namanya tempat berkumpul maka sempat jugalah SS bertukar-tukar cerita dengan rakan. Sembang punya sembang, keluarlah cerita mengenai seorang pelakon wanita.

Dia tidaklah popular sangat tetapi kalau disebut namanya, pasti ramai kenal. Tambahan pula, lakonannya sangat baik dan tidak pernah mengecewak­an.

Menurut rakan SS, dia bertanyaka­n persiapan raya dan sambutan bulan puasa tahun ini. Maklumlah, artis itu baru bergelar isteri beberapa bulan lalu. Tak sangka pertanyaan itu membuatkan riak wajah artis berkenaan berubah tiba-tiba.

Sepanjang bergelar artis, sudah banyak kali dia diajukan soalan sama. Pertanyaan itu hanya sekadar pengisian sampingan dalam artikel. Manalah tahu kalau-kalau tahun ini dia ingin mengadakan rumah terbuka bersama peminat, bolehlah teman SS tolong uaruarkan.

Bagaimanap­un, pertanyaan teman SS disambut hambar. Berlainan sekali dengan selebriti lain yang teruja dan gembira apabila berkongsi persiapan dan sambutan Aidilfitri nanti diikuti jemputan beraya di rumah mereka.

Bagaimanap­un, SS tidaklah menyalahka­n pelakon itu. Mungkin dia antara mereka yang tidak suka ditanyakan hal luar daripada kerja. Bak kata teman SS, kalau mahu temu bual si pelakon itu jangan tanya apa makanan atau warna kegemarann­ya.

SS menghormat­i keputusan selebriti yang enggan berkongsi cerita hatta kenangan indah ketika raya yang terpahat di kotak memori mereka. Bagaimanap­un, janganlah ‘buat muka’ walaupun tidak suka dengan soalan berkenaan.

Teman SS tidak akan mendesak pun andai pertanyaan itu enggan dijawab. Kerja kami adalah mengajukan soalan, terpulangl­ah sama ada mahu menjawab atau beralih ke soalan seterunya.

SS: Tak sabar pakai baju kebaya merah raya nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia