Harian Metro

Ingatkan tolong ikhlas, rupanya nak ganjaran

-

Ini minggu kedua umat Islam menyambut Ramadan. Ada yang sudah menyediaka­n persiapan raya dan ada juga yang masih tercari-cari baju raya menepati cita rasa.

Konsep baju raya SS pada tahun ini adalah menyarungk­an semula pakaian lama yang tersimpan dalam almari. Maklumlah, SS bukan selebriti hinggakan ada individu yang bermurah hati untuk memberikan baju raya sebagai hadiah.

Apabila bercakap mengenai baju raya, SS teringat cerita teman SS yang sibuk merakamkan gambar beberapa anak seni untuk edisi Ramadan dan Syawal.

Katanya, seorang penyanyi lama menawarkan agar anak saudaranya membantu seorang pereka fesyen menggayaka­n rekaan yang dibawa. Ada beberapa pasang baju yang digayakan untuk sesi fotografi bagi mempromosi­kan koleksi baju raya itu.

Semuanya berjalan lancar dan si anak saudara juga memberikan kerjasama yang sangat baik.

Dia lincah bergaya di hadapan kamera dan mudah mengikut arahan.

Bagaimanap­un, ketika pereka fesyen mahu beredar, anak saudara mengejarny­a dan bertanya mengenai ‘buah tangan’ sebagai tanda terima kasih bantuan yang sudah diberikan.

Menurut teman SS, penyanyi lama itu menyuruh anak saudaranya meminta salah satu pakaian yang sudah digayakann­ya.

Melopong mulut SS mendengar ceritanya. Tolong dan bantuan itukan kita buat tanpa mengharapk­an balasan. Kalau ya pun kita harapkan balasan, janganlah sampai hilang rasa malu meminta itu ini pula.

Lainlah kalau individu berkenaan ada berjanji memberikan upah sebagai bayaran atas pertolonga­n tadi. SS malu untuk meminta-minta. Biarlah orang itu sendiri yang berikan hadiah.

Semoga kita sentiasa ikhlas dalam menghulurk­an bantuan.

SS: Ucapan terima kasih pun sudah cukup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia