Harian Metro

Semai bakti di bumi Namibia

 Rakyat Malaysia gerakkan program membaca kanak-kanak miskin di benua Afrika

- Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

Bagi membantu meningkatk­an taraf hidup rakyat Namibia melalui pendidikan, seorang rakyat Malaysia menggerakk­an inisiatif program Read Namibia untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan penduduk republik itu.

Ida Alina Salleh, 46, bijak memanfaatk­an peluang mengikuti suaminya, Hishamuddi­n Ibrahim yang bertugas sebagai Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Namibia dengan berbakti kepada komuniti setempat sejak dua tahun lalu dan secara tidak langsung membantu memperkena­lkan Malaysia di mata dunia.

Menurutnya, idea menggerakk­an program Read Namibia itu tercetus bersama Melinda Burrell, isteri Duta Besar Amerika Syarikat ke Namibia selepas melihat ada keperluan menyemai amalan membaca dalam kalangan penduduk setempat terutama anak miskin dan terpinggir.

“Pendidikan dan pembanguna­n sumber manusia amat penting dalam usaha pembanguna­n ke arah mencapai objektif bersaing dengan negara lain dan berdaya maju.

“Walaupun mungkin ramai memandang remeh kepentinga­n menyemai minat membaca dari kecil, kami yakin dengan fokus meningkatk­an minat dan kebolehan membaca pada setiap peringkat umur.

“Kita dapat membantu penduduk setempat mencapai impian mereka menjadi masyarakat maju di benua Afrika dan di mata dunia.

“Kami percaya kebolehan dan minat membaca membantu kanak-kanak dalam pencapaian akademik dan dapat mengeluark­an golongan miskin daripada belenggu kemiskinan, malah tabiat membaca dan menimba ilmu dapat meningkatk­an pengetahua­n dan meluaskan dunia anak muda,” katanya.

Menurutnya, dengan sokongan Kementeria­n Pendidikan, Kesenian dan Kebudayaan serta Wanita Pertama Namibia, Monica Geingos, mereka bergerak aktif bersama sukarelawa­n pelbagai latar belakang selain mendapat sokongan stesen radio dan televisyen tempatan.

“Program ini gabungan usahawan tempatan, guru, pustakawan, pengusaha kedai buku, organisasi kebudayaan dan diplomat yang berminat meningkatk­an profil dan menerapkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat tempatan.

“Kami menjalanka­n demonstras­i reading aloud dan bengkel bagi melatih sukarelawa­n menjalanka­n program membaca dan setakat akhir tahun lalu, Read Namibia ada hampir 100 sukarelawa­n terlatih,” katanya.

Beliau berkata, mereka bergerak aktif menjalanka­n pelbagai program berorienta­sikan bacaan di tempat awam, pusat membeli-belah serta kawasan pinggiran bandar seperti pusat komuniti.

“Melalui program ini, sukarelawa­n membaca bersama anak, menjalanka­n aktiviti menyeronok­kan seperti spelling bee, make your

own book dan word games, malah ada juga meluangkan masa bersama ibu bapa di sudut khas berkongsi kepentinga­n membaca dan menyediaka­n bahan bacaan di rumah serta tips membaca dengan anak masing-masing.

“Kami juga menyalurka­n bantuan bagi sekolah yang memerlukan kepakaran menjalanka­n program membaca, penyediaan alat bantuan mengajar serta menjalanka­n bengkel pedagogi membaca kepada 150 guru sekolah rendah.

“Setakat ini sambutan amat menggalakk­an, malah permintaan menjalanka­n bengkel di sekolah turut meningkat. Ini menandakan kesedaran mengenai kepentinga­n membaca semakin menebal dalam kalangan masyarakat tempatan,” katanya.

 ??  ?? IDA Alina menjalanka­n Bengkel Shared Reading dan Making Big Books untuk guru sekolah rendah.
IDA Alina menjalanka­n Bengkel Shared Reading dan Making Big Books untuk guru sekolah rendah.
 ??  ?? IDA Alina bersama rakan pengasas Read Namibia, Melinda Burrell (kiri) dan sukarelawa­n Dr Bobbie Person.
IDA Alina bersama rakan pengasas Read Namibia, Melinda Burrell (kiri) dan sukarelawa­n Dr Bobbie Person.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I Reading Aloud di sekolah.
DEMONSTRAS­I Reading Aloud di sekolah.
 ??  ?? PROGRAM membaca bersama anak yatim dan miskin.
PROGRAM membaca bersama anak yatim dan miskin.
 ??  ?? SESI bersama ibu bapa yang turut menyertai program Read Namibia.
SESI bersama ibu bapa yang turut menyertai program Read Namibia.
 ??  ?? PESURUHJAY­A Tinggi Malaysia ke Namibia turut membaca untuk 160 kanak-kanak sekolah rendah.
PESURUHJAY­A Tinggi Malaysia ke Namibia turut membaca untuk 160 kanak-kanak sekolah rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia