Harian Metro

28 barangan makin mahal

 Hasil pemantauan KPDNKK kenaikan harga dialami antara empat hingga 50%

- Farah Dinah Hassan cnews@nstp.com.my Johor Bahru

Kobis bulat import dan cili hijau antara 28 barangan yang dikesan mencatatka­n kenaikan harga antara empat hingga 50 peratus.

Situasi itu dikesan hasil pemantauan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) di lapan Pasar Awam utama di seluruh Johor sejak 17 Mei lalu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat berkata, barangan itu adalah yang termasuk dalam 71 barangan yang dikategori­kan di bawah pemantauan pihaknya.

Menurutnya, pemeriksaa­n dan tinjauan itu dijalankan setiap hari membabitka­n lapan pasar awam utama di setiap daerah di negeri itu.

“Pemantauan mendapati terdapat 28 barangan daripada 71 barang mengalami kenaikan harga antara empat hingga 50 peratus.

“Antara kenaikan yang dicatatkan adalah kobis bulat import dari China yang meningkat daripada RM4 kepada RM5 iaitu peningkata­n RM1 di beberapa lokasi.

“Selain itu, harga bagi cili hijau juga meningkat dari RM9 kepada RM10 sekilogram,” katanya selepas memantau harga barang di Pasar Awam Larkin di sini, semalam.

Aris berkata, sepanjang tempoh pemantauan itu juga didapati 33 barangan direkodkan menunjukka­n penurunan harga antara 3.85 hingga 41.67 peratus manakala 10 lagi barangan tidak menunjukka­n perubahan harga.

“Harga ayam bersih bagi beberapa pasar di Johor mengalami penurunan 40 sen daripada RM8.20 kepada RM7.80 sekilogram.

“Selain itu, terdapat juga barangan yang harganya kekal di semua pasar seperti daging lembu tempatan, kerbau import, kelapa parut, santan dan telur ayam,” katanya.

Menurutnya, berikutan harga barangan tertakluk kepada pasaran terbuka, orang ramai diminta menjadi pengguna bijak dengan membuat semakan harga barangan dengan memanfaatk­an aplikasi Price Catcher yang membantu membuat perbanding­an harga dan lokasi bersesuaia­n.

Pada masa sama, katanya, pihaknya belum menerima sebarang aduan khusus berkaitan kenaikan harga barangan sepanjang tempoh dua minggu ini.

Sementara itu, mengenai pemeriksaa­n di Pasar Awam Larkin, Aris berkata, 10 amaran dikeluarka­n pihaknya kepada peniaga atas kesalahan penipuan timbang dan tiada tanda harga barang sepanjang tiga jam pemeriksaa­n dijalankan.

“Amaran ini dikeluarka­n kepada peniaga yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan KPDNKK dan antara kesalahan yang mereka lakukan ialah tidak memaparkan tanda harga serta kesalahan timbang sukat,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 1,620 pemeriksaa­n di pelbagai premis perniagaan terutamany­a di Bazar Ramadan dan pasar awam dijalankan sejak 17 Mei lalu.

Aris berkata, pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n berterusan di pelbagai premis perniagaan termasuk di kedai runcit, gerai jualan, pasar awam, pasar raya dan restoran bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan termasuk tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

Pemantauan mendapati terdapat 28 barangan daripada 71 barang mengalami kenaikan harga antara empat hingga 50 peratus”

Aris Mamat

 ?? FOTO: HAIRUL ANUAR RAHIM ?? PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK Johor melakukan semakan harga udang yang dijual pada Program Pemantauan Harga dan Bekalan Barang-barangan Keperluan Musim Perayaan di Pasar Awam Larkin, Johor Bahru.
FOTO: HAIRUL ANUAR RAHIM PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK Johor melakukan semakan harga udang yang dijual pada Program Pemantauan Harga dan Bekalan Barang-barangan Keperluan Musim Perayaan di Pasar Awam Larkin, Johor Bahru.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia