Harian Metro

Jamin bekalan mencukupi

-

Putrajaya: Bekalan barangan keperluan sepanjang Ramadan hingga sambutan Aidilfitri dijamin mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Justeru, beliau berkata, kadar harga jualan di pasar, terutama pasar tani, harus berpatutan walaupun berlaku peningkata­n permintaan pada musim perayaan ini.

Katanya, kementeria­n mengambil langkah proaktif untuk tujuan itu, antara lain meningkatk­an pengeluara­n tempatan, menambah kuota import bagi beberapa makanan terpilih dan melaksanak­an sekatan eksport ikan ke luar negara.

“Bagi menjamin bekalan bahan makanan utama seperti daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi, persediaan menghadapi musim perayaan dibuat sejak tiga bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Salahuddin berkata, bagi tempoh sebulan musim perayaan sempena Ramadan dan Aidilfitri, anggaran jumlah pengeluara­n makanan utama seperti daging lembu (tempatan dan import) sebanyak 49,733 tan metrik, ayam (tempatan) (351,046 tan metrik) serta

telur ayam (2.8 bilion biji).

Selain itu, katanya, kubis bulat (15,000 tan metrik) dan ikan (pelbagai spesies) (108,500 tan metrik).

Beliau berkata, jika berlaku bekalan tidak mencukupi dan peningkata­n harga, pengguna dinasihatk­an membuat laporan kepada kementeria­nnya serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“Penguatkua­saan akan dipertingk­at dengan kerjasama KPDNKK bagi memastikan tiada unsur pencatutan dan peniaga meletakkan tanda harga pada barangan dijual.

“Sebagai rujukan, pengguna juga boleh menggunaka­n aplikasi MyHarga Tani dan Go Pasar Tani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) serta Price Catcher oleh KPDNKK bagi mendapatka­n maklumat dan membuat perbanding­an harga,” katanya.

 ??  ?? SALAHUDDIN
SALAHUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia