Harian Metro

Tercampak selepas bergesel

 Seorang remaja maut, dua rakan tak sedar diri apabila motosikal terbabit nahas dengan kereta

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@nstp.com.my

Seorang remaja maut tercampak manakala dua rakannya masih tidak sedarkan diri selepas terbabit nahas jalan raya di Jalan Tangga Batu, Kampung Seberang Gajah di sini.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi semalam, mangsa, Muhammad Hairul Hisyam Zaidi, 18, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua rakannya Muhamad Syafiq Salleh, 19, dan Muhamad Asyrafi Abd Khir, 22, dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kereta Perodua Kenari dipandu lelaki berusia 31 tahun dari arah persimpang­an lampu isyarat Tangga Batu ke arah lampu isyarat Taman Perindustr­ian Bukit Rambai terbabit kemalangan dengan tiga motosikal ditunggang mangsa dari arah sama.

Difahamkan motosikal mangsa melanggar sisi kanan dan kiri kereta itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati tiga motosikal Yamaha 125z ditunggang tiga mangsa terbabas ke bahu jalan.

“Akibatnya seorang daripada penunggang motosikal, Muhamad Syafiq meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya Muhammad Hairul Hisyam dan Muhamad Asyrafi mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Melaka dan dirawat di ICU.

“Dua mangsa yang dirawat masih tidak sedarkan diri selain mengalami kecederaan pada kaki dan kepala.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? ANGGOTA polis dengan dibantu orang ramai mengusung mayat mangsa keluar dari tepi longkang.
ANGGOTA polis dengan dibantu orang ramai mengusung mayat mangsa keluar dari tepi longkang.
 ??  ?? MOTOSIKAL yang terbabit kemalangan.
MOTOSIKAL yang terbabit kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia