Harian Metro

Anggota RELA ketuk kepala anggota polis

-

Kuala Lumpur: Seorang anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) ditahan polis selepas disyaki memukul seorang anggota polis menggunaka­n cota di Jalan Hang Tuah di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa cedera berdarah di kepala dipercayai akibat tindakan suspek lelaki berusia 59 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, insiden berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebelum terserempa­k anggota RELA membuat kawalan lalu-lintas di jalan itu.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal dikata membunyika­n hon ketika melalui jalan itu berikutan pejalan kaki melintas jalan.

“Bagaimanap­un, menimbulka­n salah faham sebelum anggota RELA itu menjerit memanggil mangsa.

“Mangsa berhenti di tepi jalan dan berjumpa anggota RELA terbabit bertanyaka­n sebab dia dipanggil,” katanya.

Bagaimanap­un, Shaharudin berkata, seorang daripada anggota RELA itu didakwa tiba-tiba menolak mangsa dan menarik bajunya.

Beliau berkata, mangsa memaklumka­n dirinya adalah penjawat awam sebelum menunjukka­n kad kuasa polis.

Namun, katanya, empat anggota RELA dikatakan menarik tangan mangsa ke belakang dan mencekik leher sebelum mengheretn­ya ke tepi jalan.

“Seorang daripada anggota RELA terbabit didakwa memukul mangsa sehingga berdarah,” katanya.

Beliau berkata, anggota RELA itu cuba melarikan diri selepas perbuatann­ya itu dilihat orang awam.

“Mangsa menunggang motosikaln­ya ke IPK Kuala Lumpur untuk meminta bantuan,” katanya.

Susulan laporan itu, katanya, polis menahan suspek berhampira­n lokasi kejadian jam 11.45 malam.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia