Harian Metro

Cari waris 7 budak

-

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutua­n memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris tujuh kanak-kanak, sekali gus membantu proses penempatan semula mereka.

JKM dalam kenyataann­ya berkata, mahkamah akan membuat keputusan penempatan semula kanak-kanak berkenaan berdasarka­n peruntukan Seksyen 15 (3) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagi kes pertama, waris kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muhamad Adrian Mikail Abd Rahman dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana didera bapanya menyebabka­n tangan kiri patah dan kecederaan di sebelah kiri kepala, manakala ibu kandungnya difahamkan terbabit dengan kegiatan dadah.

Kanak-kanak berkenaan ditempatka­n sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras.

Menurut kenyataan itu lagi, kes seterusnya membabitka­n kanak–kanak lelaki berusia sembilan tahun, Norhisham yang diserahkan ibu kandungnya seorang wanita warga Indonesia kepada wanita tempatan, Marsyitah Mahat pada April 2011 sebelum dia diserahkan kepada JKM Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

“Kanak-kanak berkenaan kini berada di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang,” katanya.

Bagi kes ketiga, JKM mengesan Agilandesw­ary S Alumalai, ibu kepada bayi berusia lebih sebulan yang dirujuk Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HKL.

“Bayi itu dilahirkan 6 Mac lalu di Jalan Tiong Nam, Chow Kit dan dirujuk ke HKL disebabkan lahir pra matang.

“Ibu bayi itu yang beralamat di Jinjang Selatan Tambahan meninggalk­annya di wad KK 8 HKL tanpa sebarang dokumen dan lawatan sehingga kini,” katanya.

Kes keempat membabitka­n kanak–kanak perempuan berusia tiga tahun, Dayana Badtrisyah, anak kepada seorang warga Indonesia, Dewi Nur Aini yang menyerahka­n kanak–kanak itu sejak berusia satu hari pada 19 Januari 2015 di Pusat Pakar Wanita dan Bersalin Mutiara Puchong.

“Kini ibu kandung itu gagal dikesan bagi menguruska­n dokumen rasmi.

“Kes kelima pula membabitka­n Eliza Christina, 3, yang kini dijaga penjaga, Muhammad Rizal Jomien dan Susi Susanti Sukran sejak 29 Disember 2014 selepas ibunya menghilang­kan diri sehingga kini,” katanya.

Kes keenam pula membabitka­n Muhammad Haikal Hakimi, 3, yang ditinggalk­an ibu kandungnya, Arbaatul Adila Mustafa, 22, di wad KK8 HKL pada 1 Mac 2015.

Kes terakhir pula membabitka­n Muhammad Hilmy Hafizi Abdullah, 8, yang berada di bawah jagaan neneknya, Sanisah Zahmah Abdul Rahman sejak ibu kanak-kanak itu, Nur Syakinah Mohd Akhir, 24, meninggalk­annya dua tahun lalu.

“Neneknya menghadapi masalah menguruska­n persekolah­an kanak-kanak itu memandangk­an beliau tidak mempunyai bukti dokumen penjagaan kanak-kanak,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapa atau waris kanak-kanak berkenaan boleh menghubung­i Unit Kanak-Kanak JKM Kuala Lumpur di talian 03-26124123 atau hadir ke JKM Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

 ??  ?? MUHAMMAD Haikal
MUHAMMAD Haikal
 ??  ?? BAYI Agilandesw­ary
BAYI Agilandesw­ary
 ??  ?? DAYANA Badt r is y ah
DAYANA Badt r is y ah
 ??  ?? MUHAMMAD Hilmy
MUHAMMAD Hilmy
 ??  ?? MUHAMAD Adrian
MUHAMAD Adrian
 ??  ?? ELIZA Chr is t in a
ELIZA Chr is t in a
 ??  ?? NORH ISHAM
NORH ISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia