Harian Metro

Kulit, mata makin kuning

 Bayi 9 bulan derita kegagalan fungsi hati perlu segera dibedah

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Ketika orang lain lena diulit mimpi, Abdul Salam Amir Hamzah Maju, 29, dan isterinya, Siti Sarah Othman, 29, terpaksa bersengkan­g mata menjaga bayi mereka yang kerap terjaga pada waktu malam berikutan menghidap kegagalan fungsi hati atau biliary atresia.

Abdul Salam berkata, Hana Sofea, 9 bulan, kerap meragam dan menangis terutama pada waktu malam disebabkan tidak selesa, selain minum susu menggunaka­n tiub yang dipasang melalui hidung ke perut disebabkan penyakit yang dialaminya itu sejak lahir.

“Ini dapat dilihat apabila dia kerap menangis, sukar tidur dan cepat penat.

“Tumbesaran­nya terbantut. Menyusu pun dia kurang sebab itu doktor menyaranka­n pakai tiub yang dimasukkan melalui hidung ke perut,” katanya.

Menurutnya, anak keduanya itu pernah menjalani pembedahan pintasan pada Oktober tahun lalu, namun keadaannya tidak berubah.

“Setiap bulan kami ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk membuat rawatan susulan.

“Namun, semakin lama keadaannya tetap sama malah kulit dan matanya semakin kuning, najisnya pucat, perut kembung dan badannya semakin susut,” katanya.

Kata penjawat awam itu, pakar perubatan mencadangk­an bayinya segera menjalani pemindahan hati di China selepas Aidilfitri ini bagi mengelak keadaan kesihatann­ya bertambah buruk, namun mereka mempunyai kekangan untuk menyediaka­n kos RM250,000.

“Saya dan isteri sesuai menjadi penderma hati anak, namun siapa yang layak diputuskan pakar perubatan di China nanti.

“Setakat ini kami cuma mampu menyediaka­n RM50,000 hasil sumbangan keluarga dan rakan. Jadi kami tidak meminta lebih melainkan mengharapk­an belas ihsan rakyat Malaysia supaya dapat menyumbang seikhlas hati buat kelangsung­an hidup anak kami,” katanya.

Orang ramai yang ingin meringanka­n beban pasangan berkenaan boleh berbuat demikian dengan menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank 1628340115­39 atau CIMB 7047200483 atas nama ibu bayi itu, Siti Sarah Othman atau Bank Rakyat 2211211427­21 (Abdul Salam Amir).

 ??  ?? ABDUL Salam dan Siti Sarah memberi Hana minum susu menerusi tiub.
ABDUL Salam dan Siti Sarah memberi Hana minum susu menerusi tiub.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia