Harian Metro

Catat harga dulu

 KPDNKK senarai 4,560 barang tidak dikenakan GST 1 Jun

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

Pegawai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengguna­an (KPDNKK) sudah merekodkan harga 4,560 barangan yang ada di pasaran bagi memastikan peniaga mematuhi arahan kerajaan tidak mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bermula Jumaat ini.

Ketua Bahagian Penguatkua­sa KPDNKK, Low Swee Hon berkata, 146 premis perniagaan sudah diperiksa bermula Khamis lalu sebagai langkah awal bagi mengelakka­n manipulasi harga apabila arahan baru itu dikuatkuas­akan mulai 1 Jun.

“Kami memantau dan mencatatka­n harga semasa barangan untuk memastikan peniaga akan mengurangk­an harga barangan masing-masing selepas 1

Jun.

“Antara barangan yang dipantau adalah makanan, peralatan elektrik, kosmetik serta buku,” katanya selepas melakukan pemantauan harga barangan di Pasar Harian Selayang, semalam.

Menurut Swee Hon, KPDNKK juga sudah menubuhkan pangkalan data harga barangan pada 31 Mei lalu untuk memastikan peniaga mengurangk­an harga mereka.

“Kita minta peniaga memberi kerjasama sebaiknya kerana mereka boleh dikenakan tindakan jika gagal mematuhi peraturan baru ditetapkan itu,” katanya.

Pada 16 Mei lalu, kerajaan melalui Kementeria­n Kewangan mengumumka­n penguranga­n kadar GST dari 6 peratus kepada 0 peratus dilaksanak­an di seluruh negara sehingga pengumuman selanjutny­a dibuat.

Keputusan ini tidak termasuk barang dan perkhidmat­an yang disenaraik­an dalam Perintah Cukai Barang dan Perkhidmat­an (Pembekalan Pengecuali­an) 2014 yang dikecualik­an daripada GST. Sementara itu, menerusi pemantauan harga dilakukan pihak KPDNKK di Pasar Harian Selayang, semalam, mendapati harga ayam proses menunjukka­n penurunan sejak kelmarin.

“Ayam diproses dijual antara RM6.80 dan RM7.40 hari ini (semalam), lebih rendah daripada harga dua minggu lalu iaitu RM7.50. Penguranga­n harga berpunca harga lebih rendah ditetapkan pembekal.

“Selain itu, terdapat kenaikan harga ikan yang didorong faktor kekurangan bekalan. Namun kenaikan yang dicatatkan hanya sekitar 5 peratus,” katanya.

Jelas beliau, ia adalah fenomena yang biasa berlaku dan bersifat sementara, justeru pembeli diminta tidak risau selain perlu melakukan pembelian secara bijak.

Beliau memberitah­u seramai 95 pegawai penguat kuasa dan 88 pegawai pemantau ditugaskan untuk meneliti harga lebih 200 jenis barangan setiap hari.

“Mereka akan membuat pemantauan harga di pasar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Sentul, Pudu, Chow Kit, Keramat serta pasar-pasar lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia