Harian Metro

Sedia hadiah jamu selera

 30 gerai Pot&Pan PICC saji 300 juadah berbuka dengan cabutan bertuah bernilai RM10,000

- Siti Nurazlinee Azmi sitinurazl­inee@bh.com.my

Rasai aneka juadah berbuka puasa di Pot&Pan, Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) dengan tema Warna-Warni Ramadan.

Bagi hidangan utama, Pot&Pan menyediaka­n lebih 30 gerai yang menyajikan 300 juadah meliputi keunikan menu Asia seperti kambing panggang, kuetiau tomyam, laksa Thai, pulut mangga, som tam, laksa Kedah, ayam percik,kuih keria PICC, nasi Arab Khabsa dan Mendy.

Pasukan kulinari yang diketuai Cef Eksekutif, Abdul Rahim Abu Bakar akan menyediaka­n gaya persembaha­n bazar Ramadan untuk pelanggan menikmati hidangan pilihan masing-masing.

Bagi yang meminati makanan antarabang­sa, dapatkan menu seperti pasta Itali dan pelbagai jenis daging panggang.

Sulamkan dahaga dengan pencuci mulut seperti air batu campur, aneka jenis kek dan buah-buahan.

Pot&Pan turut menyediaka­n bilik solat serta imam untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih. Menariknya, turut disediakan hadiah bernilai RM10,000 untuk pelanggan yang memenangi cabutan bertuah dan pemberian bubur lambuk di ruang legar Mezzainine Floor, PICC selama sejam bermula lima petang.

Harga tempahan buka puasa RM98 untuk dewasa manakala kanak-kanak RM49.

Sementara itu, di Putrajaya Seafood Restaurant (PSR) di Taman Botani, turut menyediaka­n juadah berbuka puasa kepada pelanggan yang meminati menu Oriental.Sajian seperti DimSum, sup masam Szechuan, udang mentega, makanan laut panggang dan nasi ayam Hainan pastinya menjadi pembuka selera pengunjung yang meminati makanan ala Cina.

Hidangan pencuci mulut yang menambat hati antaranya, bubur gandum, sagu gula Melaka, roti puding dan Japanese Mochi. Bufet Oriental menawarkan pakej buka puasa serendah RM78 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak bermula 6.30 petang sehingga 10 malam sepanjang Ramadan ini.

Untuk tempahan hubungi, 013-5299 496 dan 03-8887 6186 (Pot&Pan) atau 03- 8889 1188 (PSR) atau e-mel di enquiry@pcs.my dan pot.pan@picc.com.my.

 ??  ?? PELBAGAI juadah disediakan untuk pelanggan menikmati hidangan pilihan masing-masing di PICC.
PELBAGAI juadah disediakan untuk pelanggan menikmati hidangan pilihan masing-masing di PICC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia