Harian Metro

Syor SST bawah 6 peratus

 MAA cadang kadar cukai lebih rendah berbanding GST untuk turun harga kenderaan

- Mohd Zaky Zainuddin dan Lizam Ridzuan bisnes@nstp.com.my

Harga kenderaan belum dapat dipastikan menjadi lebih rendah selepas pelaksanaa­n semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) memandangk­an kadar dicadangka­n itu adalah lebih tinggi berbanding kadar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebelum ini, kata peserta industri.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, kadar 10 peratus SST yang dicadangka­n kerajaan dan mekanisme regim cukai berkenaan akan memainkan peranan penting dalam menentukan harga kenderaan kelak.

Katanya, MAA mengharapk­an kerajaan menetapkan kadar SST lebih rendah, bagi memastikan harga kenderaan lebih murah berbanding ketika GST dilaksanak­an sejak 1 April 2015 pada kadar 6.0 peratus sebelum sistem percukaian itu ditetapkan kepada kadar sifar buat sementara mulai 1 Jun ini.

“Secara umumnya, SST sebelum GST dilaksanak­an dulu adalah pada kadar 10 peratus. Jika mengambil kira angka ini, kita menjangkak­an harga kenderaan akan meningkat pasca-SST. Ini adalah perkiraan mudah jika kadarnya sama seperti SST sebelumnya,” katanya.

Aishah berkata, MAA mencadangk­an kerajaan menetapkan kadar SST lebih rendah berbanding GST bagi memastikan harga kenderaan turun, sekali gus menarik lebih ramai rakyat Malaysia membeli kenderaan.

“Kita mengharapk­an kadar sebenar yang akan ditentukan kelak lebih rendah daripada enam peratus. Apapun kita menantikan keputusan kerajaan mengenai kadar SST. Masa GST dilaksanak­an, harga kereta mengalami sedikit penurunan,” katanya.

Secara umumnya,

SST sebelum GST dilaksanak­an dulu adalah pada kadar 10 peratus. Jika mengambil kira angka ini, kita menjangkak­an harga kenderaan akan meningkat pasca-SST”

Aishah

Bagi Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, pihaknya belum dapat memastikan sama ada penetapan kadar 10 peratus SST akan meningkatk­an atau menurunkan harga.

Katanya, masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi mengenai harga, sebaliknya PERODUA akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkepenti­ngan bagi mengetahui butiran lanjut dan hala tuju pelaksanaa­n semula SST.

“Kita akan bersiap sedia untuk pelaksanaa­n SST dan kita menunggu keputusan kerajaan mengenai bila ia akan dilaksanak­an,” katanya.

Baru-baru ini dalam satu kenyataan dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengumumka­n SST akan dikenakan pada kadar 10 peratus menimbulka­n reaksi berbeza pelbagai pihak yang terbabit dalam industri.

 ??  ?? KADAR cukai lebih rendah akan tarik minat rakyat Malaysia membeli kenderaan.
KADAR cukai lebih rendah akan tarik minat rakyat Malaysia membeli kenderaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia