Harian Metro

MDEC latih 50,000 lagi peserta eRezeki

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) komited melatih sekurang-kurangnya 50,000 lagi peserta di bawah program eRezeki bagi membantu mereka menjana pendapatan sampingan.

Pengurus Kanan, Ekosistem Perkongsia­n Ekonomi MDEC, Mohd Redzuan Affandi berkata, pihaknya menerima 309,000 permohonan.

Katanya, bagaimanap­un setakat ini lebih kurang 150,000 peserta sudah dilatih sejak eRezeki diperkenal­kan pada 2015.

“Program eRezeki adalah program penyumbera­n ramai (crowdsourc­ing) di bawah inisiatif #youcanduit yang disasarkan untuk membantu kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) di seluruh negara.

“Kami membantu mereka dalam memperoleh lebih banyak peluang menjana sumber pendapatan iaitu duit poket menerusi platform digital,” katanya yang ditemui di sini.

Program ini menurutnya boleh dilaksanak­an dalam tiga kaedah iaitu tugasan digital mikro, tugasan yang diupayakan oleh teknologi digital dan tugasan kerja digital yang memerlukan kemahiran berbeza.

Katanya, inisiatif terbabit dijalankan dengan kerjasama kira-kira 70 rakan strategik yang terdiri daripada pelbagai platform digital dalam pelbagai bidang.

“Peserta yang terpilih perlu menghadiri sesi penilaian profil bagi melihat bidang tugasan yang bersesuaia­n dengan kebolehan dan kemahiran mereka.

“Mereka ini seterusnya akan menjalani sesi latihan yang berbeza mengikut kecenderun­gan tugasan yang akan dilaksanak­an dengan kerjasama rakan strategik kami yang mengambil bahagian,” katanya.

Antara rakan strategik program eRezeki termasuk GoGet, Maideasy, MatDespatc­h dan Riding Pink.

 ??  ?? MOHD Redzuan (kanan) menunjukka­n program eRezeki yang diusahakan MDEC.
MOHD Redzuan (kanan) menunjukka­n program eRezeki yang diusahakan MDEC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia