Harian Metro

Gabung pemasaran

Digi.com, PDB umum kerjasama digital untuk manfaat bisnes

-

Digi.com Bhd dan Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengumumka­n kerjasama digital untuk menggabung­kan program pemasaran dan ganjaran untuk manfaat perniagaan dan pelanggan.

Melalui kerjasama itu, pelanggan Petronas dan Digi kini boleh menikmati perkhidmat­an terpilih seperti melanggan talian Digi di Kedai Mesra di stesen Petronas.

Gerai Digi dan kemudahan vcash juga akan diadakan di stesen Petronas terpilih untuk mengukuhka­n rangkaian sedia ada 15,000 tempat pelanggan Digi serta membolehka­n PDB menawarkan pelbagai perkhidmat­an yang lebih luas.

Perjanjian itu juga akan menyaksika­n Digi melanggan Petronas SmartPay untuk penyelesai­an pengurusan kumpulanny­a.

Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata, kerjasama itu membolehka­n Digi berhubung dengan lebih ramai rakyat Malaysia dan memenuhi matlamat menyediaka­n perkhidmat­an digital kepada semua.

“Kami memberi tumpuan kepada penyampaia­n perkhidmat­an yang hebat, menjadikan­nya lebih mudah melalui saluran runcit serta digital yang mantap dan disokong oleh pengalaman rangkaian yang konsisten di seluruh Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly berkata, PDB gembira dapat menjalin pakatan dengan Digi bagi kerjasama penyelesai­an dan pemasaran digital yang luas.

“Ini akan meningkatk­an pengalaman pelanggan di stesen minyak kami dan membantu usaha pendigital­an kami dalam membawa lebih banyak perkhidmat­an kepada mereka,” katanya.

Kedua-dua pihak juga merancang untuk mengadakan program ganjaran bersama dan meneroka cara bagaimana pelanggan kedua-dua program boleh mendapat manfaat.

Ia dijangka berlaku pada separuh kedua 2018.

 ??  ?? PRAVEEN (kanan) dan Aadrin menunjukka­n produk yang ditawarkan sempena kerjasama digital kedua-dua syarikat.
PRAVEEN (kanan) dan Aadrin menunjukka­n produk yang ditawarkan sempena kerjasama digital kedua-dua syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia