Harian Metro

Tawar percutian ke Turki

-

CJ Wow Shop menawarkan percutian ke Turki kepada pelanggann­ya yang membuat pembelian tertinggi sempena Program Cuti Raya Wow.

Lebih 70 produk baru ditawarkan melalui program siaran harian CJ Wow Shop bermula 11 Mei hingga 24 Jun 2018.

Dalam kenyataan dikeluarka­n, CJ Wow Shop berkata, program ini disiarkan di TV9 jam 10 pagi dan 11 pagi memaparkan rangkaian produk unik yang mensasarka­n kepada keperluan pengguna sempena Ramadan dan Aidilfitri.

“Bagi menjadikan Aidilfitri ini lebih bermakna buat pelanggan dan orang tersayang, CJ Wow Shop memberi ganjaran kepada pelanggan yang membuat pembelian tertinggi dengan satu percutian hebat bernilai lebih RM28,000 bagi setiap keluarga.

“Hanya dua pemenang akan dipilih untuk pakej percutian 9 hari 7 malam ini,” katanya.

Menurutnya, bagi menyertai Cuti Raya Wow, pelanggan hanya perlu menghantar satu penyertaan bagi setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas dari 11 Mei hingga 24 Jun 2018.

Mereka juga boleh mengumpul jumlah penyertaan tertinggi dengan membuat pembelian sehingga tempoh promosi tamat.

Pelanggan boleh membeli produk yang terpapar di kaca televisyen dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman http://www. cjwowshop.com.my.

FAKTA

Dua pemenang akan dipilih untuk pakej percutian 9 hari 7 malam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia