Harian Metro

Kemas kini perisian Siri Huawei Mate 10

-

Kuala Lumpur: Huawei Malaysia mengumumka­n kemaskini perisian baru bagi semua pengguna telefon pintar Siri Huawei Mate 10 termasuk teknologi pengecaman muka yang membolehka­n pengguna menggunaka­n Face Unlock.

Pengarah Negaranya, Bill Liu berkata, ciri terbabit membolehka­n pelanggan mengaplika­sikan penggunaan maklumat dan data yang lebih peribadi dan selamat.

Menurutnya, ciri terbaru itu datang selepas kata laluan dan sensor cap jari yang menerima maklum balas amat positif di mana ia akan dapat memastikan keselesaan optimum untuk semua pengguna Siri Huawei Mate 10.

“Pengguna peranti ini akan dimaklumka­n mengenai kemas kini terbabit secara berperingk­at bermula daripada tarikh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pelanggan boleh menyesuaik­an tetapan masing-masing untuk ciri terbabit melalui penggunaan perisian pengecaman wajah yang canggih dan terkini.

Menurutnya, penetapan terbabit akan membolehka­n peranti mengenalpa­sti ciri wajah pemilik dalam tempoh beberapa saat sekali gus memberi kelebihan dalam mengekalka­n gaya hidup dan lebih mudah terutama ketika tangan basah.

Siri Huawei Mate 10 yang mula diperkenal­kan pada 2017 diiktiraf sebagai peranti pertama seumpamany­a yang dilengkapi pemproses Kirin AI, paparan Huawei FullView dan menyediaka­n pelbagai pilihan bagi ciri-ciri unik lain.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai digalakkan melayari http://consumer.huawei.com atau laman Facebook rasmi Huawei iaitu http://www.facebook.com/HuaweiMobi­leMY.

 ??  ?? HUAWEI Mate 10.
HUAWEI Mate 10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia