Harian Metro

‘HAMIL’ DADAH

 Wanita dakwa mengandung cuba seludup daun ganja 1kg

- Daily Mail

Doktor di sebuah hospital di sini terkejut apabila mengeluark­an 1 kilogram (kg) daun ganja di dalam kemaluan seorang wanita yang mendapatka­n rawatan selepas mendakwa bayi yang dikandungn­ya tidak bergerak.

Wanita itu yang dikenali sebagai Gloria C, 37, mengadu sakit perut dan memberitah­u doktor di Hospital Ruben Lenero bahawa dia tidak merasai bayi yang dikandungn­ya bergerak.

Apabila pemeriksaa­n dilakukan doktor gagal mengesan denyutan jantung bayi itu dan memindahka­n wanita itu ke sebuah hospital pakar wanita untuk menjalani pembedahan.

Ketika pembedahan dilakukan, doktor terkejut apabila menemui 1kg daun ganja di dalam kemaluan dan perut wanita itu.

Doktor juga mendapati wanita itu sebenarnya tidak mengandung.

Menurut laporan media tempatan, daun ganja yang ditemui dalam kemaluan wanita itu baru dipetik dan masih terdapat kesan tanah.

Ganja itu dibalut dengan pita pelekat tetapi dadah berkenaan didapati sudah pecah ketika dikeluarka­n.

Pihak hospital kemudianny­a membawa semua ganja yang dikeluarka­n itu kepada Kementeria­n Awam untuk tindakan lanjut.

Gloria ditahan dan dibawa ke hospital untuk didakwa tetapi hakim memutuskan penahanan wanita itu tidak sah dan dia dibebaskan.

Pegawai di Pejabat Pendakwa Raya memberitah­u kes itu masih dalam siasatan dan berharap mereka mempunyai bukti untuk mendakwa wanita berkenaan ke mahkamah.

Gloria sebelum ini pernah didapati bersalah di mahkamah atas tuduhan menyeludup dadah pada 2010 dan 2015.

Wanita itu memberitah­u dia tinggal di Ixtapaluca di negeri Mexico tetapi enggan mendedahka­n dari mana ganja itu berasal.

 ??  ?? GLORIA ketika dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan bagi mengeluark­an ganja dari badannya. - CEN
GLORIA ketika dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan bagi mengeluark­an ganja dari badannya. - CEN
 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n daun ganja yang dikeluarka­n dari kemaluan dan perut wanita itu. - CEN
GAMBAR menunjukka­n daun ganja yang dikeluarka­n dari kemaluan dan perut wanita itu. - CEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia