Harian Metro

Ibu bapa penembak dipersalah

-

Texas: Ibu bapa kepada seorang remaja yang membunuh beberapa pelajar di sebuah sekolah di Texas kini dipersalah­kan atas kejadian itu dengan sekurang-kurangnya satu keluarga mangsa memfailkan saman pada minggu ini mendakwa bapa suspek tidak menyimpan senjatanya dengan baik.

Polis berkata, remaja itu, Dimitrios Pagourtzis menggunaka­n senapang patah dan pistol milik bapanya yang dilaporkan disimpan di dalam almari untuk melepaskan tembakan rambang di sekolah.

Di Texas, menjadi kesalahan untuk meletakkan senjata di tempat terbuka atau kawasan yang mudah dicapai sekiranya ada kanak-kanak berusia bawah 17 tahun.

Peraturan itu menyatakan pengecuali­an hanya diberikan apabila kanak-kanak berada di bawah pengawasan ibu bapa atau ketika keluar memburu.

Sekiranya ibu bapa tidak mematuhi undang-undang itu dan senjata itu ditembak hingga menyebabka­n kecederaan serius atau kematian, mereka boleh didakwa atas dakwaan cuai serta berdepan hukuman penjara.

Keluarga seorang mangsa Chris Stone, 17, yang terbunuh apabila Pagourtzis melepaskan tembakan di Sekolah Tinggi Santa Fe, memfailkan saman pada Khamis lalu mendakwa ibu bapa suspek melanggar undang-undang berkenaan.

Kejadian yang berlaku pada 18 Mei lalu menyebabka­n 10 orang terbunuh dan 13 lagi cedera.

Dalam saman itu, keluarga Stone turut mendakwa ibu bapa suspek gagal memberi amaran kepada orang ramai mengenai “kecenderun­gan bersikap ganas” dan tidak membawa anaknya mendapat rawatan mental. - Agensi

 ??  ?? PAGOURTZIS
PAGOURTZIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia