Harian Metro

Kejam sungguh

- Daily Mail

 Bapa bunuh anak angkat untuk tutup malu keluarga Mayat Tialeigh yang reput ditemui dalam sungai, enam hari

selepas kematianny­a

Seorang lelaki dipenjara seumur hidup selepas mengaku salah membunuh anak angkatnya berusia 12 tahun untuk menutup kemungkina­n gadis berkenaan hamil dirogol ahli keluarga mereka.

Rick Thorburn, 57, mengaku membunuh Tialeigh Palmer pada 29 Oktober 2015 selepas anak kandungnya Trent mengaku kerap mengadakan seks dengan mangsa dan bimbang menyebabka­nnya hamil. Thorburn turut mengaku mengganggu mayat Tialeigh, cuba mengganggu proses keadilan dan memberi sumpah palsu.

Mayat Tialeigh yang reput teruk dan cuma berseluar dalam ditemui nelayan di tebing Sungai Pimpama, enam hari selepas dia dilaporkan hilang. Keadaannya yang reput menyebabka­n punca kematian tidak dapat diputuskan.

Thorburn sebelum itu memberitah­u polis dia menghantar Tialeigh ke sekolah seperti biasa sebelum kanak-kanak berkenaan hilang.

Ketika menjatuhka­n hukuman, Jumaat lalu, Hakim David Boddice menyelar perbuatan Thorburn sebagai menjijikka­n, manakala pembunuhan serta usaha menutup kematian mangsa sebagai ‘kejam, licik serta tidak berhati perut,’ lapor ABC News.

“Kamu langsung tidak menunjukka­n hormat terhadapny­a, walaupun dia sudah mati. Kamu membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa ini sedangkan dia mengharapk­an perlindung­an kamu,” katanya.

Tialeigh mula tinggal bersama keluarga Thorburn pada Januari 2015. Sembilan bulan kemudian, Trent mengaku kepada seorang sepupu dan ibunya, Julene, dia mengadakan seks dengan Tialeigh dan bimbang kanak-kanak itu hamil.

Julene seterusnya memberitah­u Thorburn, yang membunuh Tialeigh dengan menekup muka mangsa menggunaka­n bantal kerana bimbang Trent dipenjarak­an jika perbuatann­ya terbongkar.

Susulan itu dia memberitah­u isteri dan anaknya bahawa mereka perlu melindungi Trent dengan melupuskan mayat mangsa.

Sepanjang siasatan, semua ahli keluarga berkenaan memberikan maklumat palsu yang sama menyebabka­n polis sukar menyelesai­kan siasatan, sehingga menerima maklumat daripada sumber tidak diketahui yang menunjukka­n keluarga itu sebenarnya terbabit.

Polis kemudian meletakkan peranti pendengar di dalam kediaman mereka dan antara lain, Thorburn didengar mengarahka­n keluargany­a ‘tidak mengubah cerita’ manakala Julene didengar berkata: “Ayah membuat keputusan bertindak seperti itu jadi malangnya kita semua terpaksa menuruti.”

Pertengkar­an kemudian berlaku antara Julene dan suaminya yang mendedahka­n kisah sebenar seterusnya membawa kepada penangkapa­n mereka. Julene dipenjara enam bulan, manakala anak sulungnya Joshua tiga bulan selepas mengaku memberi sumpah palsu.

Trent pula dipenjara empat tahun pada September tahun lalu selepas mengaku salah atas empat tuduhan termasuk sumbang mahram.

 ??  ?? THORBURN (kiri) bersama isteri dan anaknya termasuk Trent (kanan). - Daily Mail
THORBURN (kiri) bersama isteri dan anaknya termasuk Trent (kanan). - Daily Mail
 ??  ?? TIALEIGH
TIALEIGH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia