Harian Metro

Qatar larang kemasukan barang sekutu Saudi

-

Qatar: Kerajaan Qatar melarang kemasukan barangan yang berasal dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Mesir dan Bahrain, setahun selepas negara berkenaan mengenakan sekatan terhadap Doha atas tuduhan menyokong pengganas.

“Produk yang berasal dari negara yang membuat sekatan tidak boleh melepasi Wilayah Kastam Majlis Kerjasama Teluk, perlu menjalani pemeriksaa­n import yang betul dan prosedur kastam.

“Untuk melindungi keselamata­n pengguna di Qatar dan memerangi barangan yang diseludup, kerajaan mengeluark­an arahan untuk mencari pembekal baru untuk pelbagai barangan yang terjejas,” kata kerajaan dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

Akhbar Al Watan yang memetik pekeliling daripada Kementeria­n Ekonomi dan Kewangan mengarahka­n pedagang dan kedai untuk berhenti berurusan dengan produk dari empat negara berkenaan.

Katanya, pihak berkuasa akan memantau bagi memastikan dasar itu dipatuhi.

Keempat-empat negara berkenaan memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkut­an pada Jun tahun lalu.

Qatar, di mana kebanyakan barangan import dibawa menggunaka­n kapal dari UAE dan menerima makanan segar menerusi sempadan Saudi, menafikan tuduhan menyokong kumpulan pengganas.

Import ke Qatar menjunam 40 peratus pada minggu awal sekatan tetapi kembali normal apabila Doha mendapatka­n barangan dari negara lain termasuk Turki dan mencari laluan perkapalan baru melalui beberapa negara termasuk Oman.

Qatar juga melancarka­n kempen untuk menghasilk­an barangan sendiri termasuk makanan. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia