Harian Metro

MALU BESAR!

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

 Malaysian Tigers diaibkan skuad pemenang emas Olimpik 2016 di Jelajah Argentina

Skuad hoki negara mengalami kekalahan besar dalam perlawanan kedua Jelajah Argentina, kali ini tumbang 1-6 kepada skuad pemenang emas Olimpik 2016 itu di Mar Del Plata pagi semalam.

Berbeza dengan aksi pertama yang menyaksika­n Malaysia mampu bertahan selama 56 minit sebelum tunduk 0-1, kali ini Argentina hanya memerlukan lapan minit untuk selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan padang Tomene Domas dan Nicolas Della Torre.

Suku kedua menyaksika­n skuad kendalian Stephen Van Huizen cuba menyusun kembali permainan, tetapi mereka mudah kehilangan bola sebelum tuan rumah menambah empat gol dalam dua suku terakhir.

Bermula dengan gol kedua Della Torre (m-38), Lucas Martinez menjadikan kedudukan 4-0 berakhir suku ketiga. Domas menambah jaringan pada minit ke-52 untuk pasukan ranking kedua dunia itu sebelum Della Torre melengkapk­an hatriknya empat minit kemudian.

Penyerang negara Nik Aiman Rozemi yang direhatkan pada aksi pertama, bagaimanap­un berjaya menghadiah­kan gol sagu hati buat Malaysian Tigers beberapa saat sebelum semboyan dibunyikan menerusi gerakan padang.

“Untuk perlawanan kedua ini saya menurunkan Hairi (Abd Rahman) sebagai penjaga gawang dengan Nik dan Najib Abu Hassan dibawa masuk menggantik­an tempat Najmi (Farizal Jazlan dan Norsyafiq Sumantri),” kata Stephen.

“Tapi Argentina bermain pantas dan menekan sejak awal perlawanan untuk memperoleh dua gol awal. Kami cuba bangkit tapi mudah kehilangan bola walaupun berupaya membuat beberapa percubaan

menerusi serangan balas.

“Kami juga mendapat dua peluang keemasan menerusi percubaan tepat ke arah gol. Namun sebaliknya Argentina yang menambah gol akibat daripada kawalan pertahanan yang lemah dengan gol keempat mereka dihasilkan ketika lima saat untuk tamat.

“Malah, satu daripada dua gol pukulan sudut penalti di suku keempat melalui celah kaki penjaga gol dan walaupun kami cuba memberi tentangan tapi kegagalan menjaringk­an gol dan melepaskan gol dengan terlalu mudah menyebabka­n kami tampak gagal beraksi baik.”

Stephen bagaimanap­un menjanjika­n aksi lebih kemas untuk pertemuan ketiga hari ini daripada keseluruha­n enam perlawanan persahabat­an menentang Argentina.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI skuad hoki negara ketika bertemu dengan pasukan Argentina.
AKSI skuad hoki negara ketika bertemu dengan pasukan Argentina.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia