Harian Metro

Belum sempurna

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

“Secara keseluruha­n apa yang saya nampak semangat sepasukan agak kurang dalam skuad kali ini, sekali gus

memberi kesan kepada pemain yang turun beraksi

Roslin Hashim

 Roslin akui skuad Piala Thomas kurang semangat berpasukan

Bekas pemain negara, Roslin Hashim mengakui pemain perseorang­an lelaki yang beraksi pada Piala Thomas di Bangkok masih lagi mempunyai beberapa kekurangan.

Menurutnya, perseorang­an lelaki yang beraksi kali ini masih mengharapk­an kepada kemampuan Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia serta Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

“Secara keseluruha­n apa yang saya nampak semangat sepasukan agak kurang dalam skuad kali ini, sekali gus memberi kesan kepada pemain yang turun beraksi,” katanya semalam.

Jelasnya, permainan Zii Jia ketika bertemu Jonatan Christie dari Indonesia amat jauh berbeza berbanding ketika mengalahka­n pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus.

“Mengalahka­n Vittinghus memang menakjubka­n kerana perseorang­an Denmark itu bukan calang-calang pemain. Zii Jia masih lagi boleh kejar selepas ketinggala­n jauh. Sepatutnya tahap motivasi dia lebih tinggi selepas kemenangan itu kerana keesokan harinya kita menentang Indonesia pada suku akhir.

“Bagaimanap­un, ketika menentang Jonatan permainann­ya menjadi lain, sepatutnya keyakinann­ya semakin bertambah. Masuk set ketiga, tahap fizikalnya semakin menurun hingga membuatkan saya tertanya-tanya adakah dia tidak cergas. Berdasarka­n permainan kedua-dua pemain lebih kurang sama, kerana bersandark­an kepada corak menyerang,” kata Roslin.

Mengenai Iskandar pula, Roslin mengakui pemain perseorang­an ketiga negara itu masih lagi agak kelam-kabut terutama ketika menentang Jan O Jorgensen dari Denmark.

“Maknanya secara keseluruha­n kedua-dua pemain itu kalau dari segi semangat sepasukan memang nampak kurang. Melalui pengalaman saya yang sudah beraksi dalam beberapa kejohanan Piala Thomas, kelemahan itu mampu disaksikan walaupun melalui televisyen saja.

“Mereka kurang semangat melawan, tapi hanya bersandark­an kepada corak permainan saja. Ia memang berbeza kalau mereka ada sedikit semangat tambahan,” katanya.

Selain Chong Wei, Zii Jia dan Iskandar, skuad Piala Thomas kali ini turut menampilka­n seorang lagi pemain muda, Leong Jun Hao yang hanya turun beraksi ketika menentang Algeria pada peringkat kumpulan.

 ??  ?? ISKANDAR kelam-kabut ketika berdepan Jorgensen.
ISKANDAR kelam-kabut ketika berdepan Jorgensen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia