Harian Metro

Hadiah hari lahir

- AFP

 Minjee berada pada kedudukan terbaik bagi menjuarai Kejuaraan Volvik LPGA

Pemain Australia, Minjee Lee melengkapk­an hari tanpa bogey dengan mencatat empat bawah par 68 semalam untuk meletakkan­nya pada kedudukan terbaik menjuarai Kejuaraan Volvik LPGA pada hari lahirnya.

Minjee yang akan berusia 22 tahun hari ini, mendahului dua pukulan menjelang pusingan akhir di Ann Arbor, Michigan.

Dia berada pada tahap terbaik musim ini, dengan lima penyudah dalam kelompok 10 teratas kejohanan LPGA termasuk tewas kepada Lydia Ko pada aksi playoff di San Fransisco bulan lalu.

Minjee mencatat birdie keempat pada lubang ke-18 untuk mengumpul 12 bawah par 204 keseluruha­n.

Pemain

Amerika Syarikat, Stacy Lewis yang akan

(gambar)

melahirkan anak sulungnya akhir tahun ini, melakukan 67 pukulan untuk berkongsi tangga kedua dengan 206 keseluruha­n.

Dia berkongsi kedudukan dengan pemain Korea Selatan, Kim In Kyung, yang turut melakukan 67 pukulan serta pemain England Jodi Ewart Shadoff dan pemain AS Lindy Duncan, kedua-duanya melakukan 69 pukulan.

“Permainan saya mantap hari ini, tiada bogey,” kata Minjee yang memburu gelaran LPGA keempat dan gelaran pertama sejak 2016.

Dia menduduki tangga kedua dalam kejohanan sama dengan hanya satu pukulan tahun lalu.

Biarpun permainan ditangguhk­an lebih dua jam kerana hujan, Minjee berkata, keadaan green kembali stabil sebaik dia menamatkan aksinya.

“Saya fikir adalah penting untuk mengekalka­n rentak permainan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia