Harian Metro

Tsitsipas ancaman pemain lelaki

-

Paris: Waspada dengan pemain Greece ini yang mempunyai pukulan kilas seperti ‘dewa Greek’.

Stefanos Tsitsipas

mungkin tidak akan menjuarai Terbuka Perancis tahun ini tetapi pencapaian dilakar pemain berusia 19 tahun itu menjadikan­nya ancaman dalam undian pemain lelaki.

Setahun lalu, pemain Athens itu berada di ranking ke-205 tetapi akan tiba di Roland Garros sebagai pemain nombor 40 dunia.

Selaku pemain pertama Greece berada dalam kelompok 100 teratas ATP, dia mula menarik perhatian ramai April lalu apabila muncul pemain pertama dari negaranya dalam tempoh 45 tahun beraksi pada

(gambar)

final Jelajah ATP, namun tewas kepada Rafael Nadal di Barcelona.

Sebelum ke final, dia menewaskan pemain nombor tujuh dunia Dominic Thiem dan pakar gelanggang tanah liat dari Sepanyol Pablo Carreno Busta.

Seminggu selepas itu, dia menewaskan pemain nombor lapan dunia dalam kemaraanny­a ke separuh akhir di Estoril.

Justeru, sudah pasti perhatian akan terarah kepadanya pada penampilan keempatnya dalam undian utama Grand Slam.

Sekiranya dia menewaskan pemain dari pusingan kelayakan Carlos Taberner dari Sepanyol dan merekod kemenangan pertamanya dalam Grand Slam dia akan melangkah ke pusingan kedua yang menjadi tumpuan apabila berdepan Thiem, satu-satunya pemain yang pernah menewaskan Nadal di gelanggang tanah liat dalam tempoh setahun. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia