Harian Metro

Fulham cipta magis

- AFP

 Layak ke Liga Perdana selepas benam Aston Villa 1-0 dengan 10 pemain

Fulham memastikan tempat beraksi di Liga Perdana Inggeris musim depan selepas Tom Cairney membantu pasukannya yang beraksi dengan 10 pemain menang 1-0 ke atas Aston Villa pada final playoff Liga Kejuaraan, kelmarin.

Cairney meledak jaringan pada separuh masa pertama di Wembley untuk membantu Fulham melangkah ke divisyen utama Inggeris dengan ganjaran berjumlah £160 juta (RM847 juta).

Skuad kendalian Slavisa Jokanovic beraksi dalam 20 minit terakhir dengan 10 pemain selepas pertahanan Denis Odoi dibuang padang apabila tapak kasutnya terkena Jack Grealish.

Namun mereka terus bertahan untuk menamatkan tempoh empat musim tersingkir daripada Liga Perdana.

“Saya teruja dengan kelab ini dan penyokong. Kami membuktika­n kami mampu mengikut gaya permainan seperti dua tahun lalu di stadium ini,” kata Jokanovic.

“Saya lebih senang jika kami layak secara automatik tapi layak di sini di depan peminat membuatkan saya berpuas hati.”

Keuntungan kewangan Fulham daripada peningkata­n hasil mungkin meningkat kepada £280 juta (RM1.48 bilion) jika mereka mampu bertahan semusim lagi dalam Liga Perdana.

Malah pemilik mereka iaitu hartawan Amerika Syarikat, Shahid Khan menyedari prestij yang menanti untuk menentang Manchester City, Manchester United and Liverpool musim ini lebih bermakna daripada wang di akaun bank.

Ia hari yang sukar dilupakan Fulham yang membuat penampilan pertama di Wembley sejak tewas pada final Piala FA 1975 di tangan West Ham.

Shahid turut meraikanny­a di tempat duduk stadium yang bakal menjadi miliknya selepas berunding untuk membeli stadium ikonik itu daripada FA Inggeris.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI Cairney ketika menjaringk­an gol menentang Aston Villa.
AKSI Cairney ketika menjaringk­an gol menentang Aston Villa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia