Harian Metro

SUPER BALE

- AFP

Kiev, Ukraine

 Ledak dua gol, pacu Real rangkul trofi ketiga berturut-turut

Gareth Bale tampil dari bangku simpanan untuk meledak dua gol, termasuk satu daripada gol terhebat sepanjang zaman pada final Liga Juara-Juara bagi membolehka­n Real Madrid menewaskan Liverpool 3-1 di Kiev awal pagi semalam, sekali gus menjulang gelaran itu buat musim ketiga berturut-turut.

Jaringan Bale menerusi gerakan akrobatik pada minit ke-64 membantu Real mendahului 2-1 beberapa ketika selepas dibawa masuk hasil permulaan cemerlang pada babak kedua yang mana Karim Benzema meletakkan Real di depan susulan kesilapan penjaga gol Loris Karius.

Sadio Mane menyamakan kedudukan namun Bale terus meletakkan Real di depan dan kemudianny­a memastikan kemenangan mereka menerusi rembatan jarak jauh dengan Karius cuba menumbuk tetapi bola menerjah jaring.

Aksi skuad Juergen Klopp dan Liverpool dicemari dengan kehilangan Mohamed Salah kerana cedera pada babak pertama apabila pemain Mesir itu dibawa keluar selepas setengah jam susulan kecederaan bahu.

Ternyata final itu tidak memihak Salah apabila Real memastikan Zinedine Zidane muncul jurulatih pertama menjulang Liga Juara-Juara tiga tahun berturut-turut.

“Dengan pasukan seperti ini, kami mampu pergi jauh tapi meraih kemenangan kali ketiga, ia benar-benar tidak masuk akal,” kata Zidane selepas perlawanan itu.

Madrid menjadi pasukan pertama melakukann­ya selepas Bayern Munich pada 1976. Ini gelaran keempat mereka dalam tempoh lima tahun dan ke-13 keseluruha­n.

Cristiano Ronaldo

kini menjulang lima gelaran itu sepanjang kariernya, namun tidak menafikan ia malam bertuah buat Bale.

Apabila ditanya sama ada ia gol terbaik pernah dijaringka­nnya, Bale berkata: “Saya perlu katakan, pada tahap tertinggi bola sepak dunia, jaringan seperti ini bagaikan mimpi menjadi nyata.”

Namun,

Bale bukannya pemain yang kerap diturunkan

Real musim ini dan dia mengakui akan mempertimb­angkan masa depannya selepas ini.

“Saya rasa saya patut bermain setiap minggu dan jika tidak ia sesuatu yang patut saya pertimbang­kan.

Kami akan berbincang pada musim panas dan mencari penyelesai­an.”

 ?? Gareth Bale ?? Saya rasa saya patut bermain setiap minggu dan jika tidak ia sesuatu yang patut saya pertimbang­kan. Kami akan berbincang pada musim panas dan mencari penyelesai­an”
Gareth Bale Saya rasa saya patut bermain setiap minggu dan jika tidak ia sesuatu yang patut saya pertimbang­kan. Kami akan berbincang pada musim panas dan mencari penyelesai­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia