Harian Metro

Salah terpaksa lupakan Piala Dunia?

-

Kiev: Penyerang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah mungkin terlepas peluang ke Piala Dunia susulan kecederaan bahu selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Real Madrid, menurut pengurus Juergen Klopp.

Salah, yang menjaringk­an 44 gol dalam semua pertanding­an bersama Liverpool musim ini, meninggalk­an padang sambil menangis pada minit ke-31 selepas terjatuh akibat kekasaran dilakukan kapten Real, Sergio Ramos.

Pemain Mesir itu cuba meneruskan permainan selepas menjalani rawatan di padang, namun tidak berjaya.

Bagaimanap­un, Persatuan Bolasepak Mesir (FA Mesir) menyatakan menerusi Twitter, Salah mengalami kesakitan ligamen bahu dan optimis pemain itu akan kembali cergas untuk Piala Dunia.

Menteri Belia dan Sukan Mesir, Khaled Abd El-aziz di laman Facebookny­a berkata: “Salah dijangka memerlukan dua minggu untuk rawatan. Dia akan terus berada di Liverpool dan menjalani pemulihan sebelum menyertai pasukan Mesir di Itali.

Beliau berkata, Salah akan menyertai skuad terakhir Mesir ke Piala Dunia yang akan diumumkan 4 Jun ini.

Terdahulu Klopp memberitah­u sidang media: “Ia satu kecederaan serius, kecederaan yang benar-benar serius. Dia berada di hospital menjalani ujian x-ray. Ia mungkin membabitka­n tulang selangka atau bahu. Ia tidak kelihatan bagus.

“Kami kehilangan pemain yang amat penting, begitu juga Mesir yang kehilangan pemain penting untuk Piala Dunia. Saya masih berharap ia tidak berlaku sedemikian,” kata Klopp. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia