Harian Metro

Liga ‘syok sendiri’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Sadek selar MFL adakan perlawanan sepanjang Ramadan punca Liga Super hambar

Kegagalan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menimbang beberapa faktor sebelum membuat keputusan meneruskan aksi sepanjang Ramadan dilihat menjadi punca saingan Liga Malaysia (Liga M) bertukar hambar bulan ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berkata, tidak keterlalua­n untuk menyatakan aksi Ramadan boleh dianggap menjadi ‘syok sendiri’ dengan badan pengendali liga seharusnya bertanggun­gjawab atas kesilapan dan memikirkan semula soal penyusunan jadual pada musim akan datang.

Katanya, kegagalan MFL untuk menilai isu sosial budaya, faktor ekonomi kumpulan sasar dan juga kepemimpin­an yang lesu menyebabka­n keghairaha­n serta semangat penonton untuk menyaksika­n perlawanan ‘terpadam’.

“MFL seharusnya belajar untuk menilai semangat penonton dan rakyat. MFL juga tidak sensitif kerana jika hendak dibandingk­an, perlawanan persahabat­an bertemu Barcelona pada 2013 yang diadakan pada Hari Raya juga tidak mendapat sambutan apatah lagi perlawanan Liga M.

“Saya kira ada beberapa faktor menyebabka­n situasi ini antaranya adalah hampir 90 peratus penonton beragama Islam, jadi ibadah diletakkan sebagai fokus mereka. Faktor ekonomi turut memainkan peranan apabila hampir 85 peratus penonton adalah mereka di bawah kategori pertengaha­n dan B-40, jadi menonton bola tidak menjadi keutamaan.

“Selain itu, penonton muda juga sudah bosan dengan pemain yang mendapat ganjaran gaji besar tapi prestasi di tengah padang amat mengecewak­an sama ada di kelab atau pa- sukan negara. Penonton jelik dengan pemain yang suka menayang kemewahan,” katanya semalam.

Pada masa sama, Sadek juga mengakui senario politik semasa turut ‘menjangkit­i’ lanskap bola sepak negara apabila penonton dilihat seakan mahu menghukum pemimpin dalam sukan bola sepak seperti yang berlaku sebelum ini.

“Mungkin penonton sudah bosan dengan pelbagai drama yang wujud dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang suka-suka menukar pemimpin dan dasar untuk kepentinga­n pihak tertentu. Tiada keputusan besar kepada mutu bola sepak negara,” katanya.

Terdahulu, Sukan NSTP melaporkan kantung pasukan Liga M dijangka kempis susulan sambutan dingin penyokong terhadap perlawanan sepanjang Ramadan.

Beberapa perlawanan setakat ini menyaksika­n stadium agak lengang dengan jumlah penonton menurun lebih 50 peratus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia