Harian Metro

‘POTONG KEPALA KAU’

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol bertindak kejam apabila tergamak mencekik serta mengugut ibu bapanya dengan parang di rumah mereka di Kampung Naluyan, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihka­n kejadian itu berlaku pada jam 6.30 petang, ketika ibu bapa suspek sedang makan untuk berbuka puasa.

Menurut sumber, suspek dikatakan datang ke rumah dalam keadaan mabuk dan mengamuk sambil membawa parang.

“Suspek kemudian marah dan mengeluark­an kata ugutan ‚potong kepala kau‘ kepada ibunya.

“Selepas itu, suspek ke arah bapanya dengan meletakkan parang di dada mangsa sambil mencekik leher bapanya yang berusia 60 tahun,” katanya.

Sumber berkata, ketika itu, suspek mengeluark­an kata-kata ugutan iaitu ‘mati kau’.

“Suspek kemudian mengamuk dengan bertindak merosakkan pintu rumah, kerusi dan beberapa barang dapur dengan parang sebelum beredar.

“Bimbang dengan keselamata­n mereka, mangsa kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis menahan suspek terbabit pada hari yang sama laporan itu diterima.

“Punca kejadian suspek bertindak sedemikian masih dalam siasatan namun ketika kejadian suspek dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

“Suspek berusia 36 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sipitang untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? SERBUAN dijalankan polis ke atas premis judi haram.
SERBUAN dijalankan polis ke atas premis judi haram.
 ??  ?? JAUTEH
JAUTEH
 ??  ?? Suspek mengamuk sambil bawa
parang
Suspek mengamuk sambil bawa parang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia