Harian Metro

‘Port’ kaki judi kantoi diserbu

-

Kuching : Hasrat kaki judi mencuba nasib untuk memperoleh­i wang segera menerusi aktiviti perjudian di beberapa lokasi di daerah ini tidak kesampaian apabila premis dijadikan lokasi aktiviti haram berkenaan diserbu polis, kelmarin.

Dalam 33 serbuan yang dilancarka­n mulai jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam di 19 daerah itu, seramai 37 kaki judi berjaya ditahan.

Daripada jumlah itu, 26 adalah lelaki dan 11 wanita dengan lima adalah warga asing.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, semua yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 63 tahun.

Beliau berkata, 19 daerah yang terbabit dalam serbuan itu ialah Kuching, Samarahan, Miri, Sibu, Padawan, Serian, Bau, Betong, Mukah, Julau, Lubok Antu, Lawas, Bintulu, Sri Aman, Limbang, Marudi, Simunjan, Sarikei dan Kapit.

“Dalam serbuan itu, 19 membabitka­n penjualan empat nombor ekor tanpa permit, 13 perjudian dalam talian dan satu perjudian menggunaka­n kad,” katanya.

Soon Kuai berkata, hasil serbuan itu, wang tunai berjumlah RM5,150.30, telefon bimbit serta pelbagai peralatan pertaruhan dirampas.

“Suspek yang ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka

1953 dan polis akan terus melancarka­n operasi bagi membantera­s kegiatan perjudian di negeri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia