Harian Metro

Meninggal dalam tidur

 Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak tidak alami sakit teruk sebelum ini

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

FAKTA

Beliau langsung tidak menunjukka­n tindak balas ketika

dikejutkan

Kematian Datuk Seri Daniel Tajem Miri, 82, mengejutka­n keluarga kerana tiada sebarang tanda mengalami sakit teruk sebelum ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya pagi semalam.

Isterinya, Datin Seri Ivy Tajem berkata, ketika beliau ke tingkat bawah kediaman mereka di Jalan Urat Mata, di sini, jam 7 pagi, suaminya itu bercakap seperti biasa dan memberitah­u mahu berehat.

“Apabila saya naik semula jam 8.10 pagi, saya memanggiln­ya

(Tajem), namun tidak menjawab dan saya fikir beliau tidur.

“Namun selepas saya berusaha mengejutka­nnya, beliau langsung tidak menunjukka­n tindak balas lalu saya memeriksa nadinya dan ternyata beliau sudah tiada,” katanya ditemui di kediamanny­a semalam.

Ivy berkata, dia menghubung­i anak sulung mereka, Mervyn, 50, yang tinggal di Kota Samarahan untuk memaklumka­n keadaan Tajem. Kakitangan paramedik dari Hospital KPJ yang tiba selepas menerima panggilan kecemasan daripada Mervyn mengesahka­n Tajem sudah meninggal dunia. “Mendiang tidak pernah mengadu mengalami sakit teruk kecuali mengalami kesakitan di bahagian tulang belakang yang sudah lama dialaminya.

“Selama ini beliau memang aktif termasuk rajin berkebun pada masa lapangnya. Malah, malam tadi beliau rancak berbual tanpa menunjukka­n sebarang tanda yang beliau sakit,” katanya.

Mayat mendiang disemadika­n di Nirvana Memorial Park, Rabu ini.

Mendiang Tajem pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada 1980 hingga 1987.

Beliau juga antara pemimpin Iban yang mengasaska­n Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) selepas keluar dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 1987.

Pada 1995, beliau diberi kepercayaa­n menjadi Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di New Zealand dan memegang jawatan itu sehingga 2000.

Sekembalin­ya dari New Zealand, mendiang kembali aktif dalam politik dan bertanding sebagai calon SNAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan pada Pilihan Raya Negeri 2006.

Bagaimanap­un, beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mong Dagang dengan majoriti 1,007 undi.

Sejak itu, mendiang lebih banyak memberi tumpuan kepada firma guaman miliknya dan meluangkan masa bersama keluarga.

Mendiang meninggalk­an tiga anak, Mervyn, 50, Raymond, 47 dan Angeline, 44 serta tujuh cucu.

 ??  ?? DANIEL Tajem
DANIEL Tajem

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia