Harian Metro

Jambatan Samarahan buat penduduk lega

-

Samarahan: Jambatan Samarahan sepanjang 774 meter bernilai RM93 juta yang sudah siap sepenuhnya dan dijangka beroperasi pada hujung bulan ini sempena Hari Gawai.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang, berkata jambatan merentangi Sungai Samarahan itu bakal menghubung­kan Kampung Baru dan Kampung Tambey, sekali gus memudahkan pergerakan logistik setempat.

“Tarikh (pembukaan Jambatan Samarahan) dicadangka­n sebelum ini ialah pada 25 Mei lalu, namun selepas penyeliaan peringkat akhir ini, tarikh kedua dicadangka­n pada 28 Mei depan.

“Bagaimanap­un, tarikh itu juga belum dapat disahkan, namun kita berharap ia dapat dibuka kepada orang ramai menjelang Hari Gawai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Keselamata­n Jalan Raya Sempena Perayaan Gawai dan Hari Raya Bahagian Samarahan 2018, di sini.

Rubiah berkata, sebelum dibuka kepada orang ramai, jambatan terbabit yang mula dibina pada Januari 2015 perlu mendapat pengesahan terakhir Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa strukturny­a yang baru siap dibina selamat.

“Kita menjangkak­an jambatan baharu ini akan dibuka pada Hari Gawai (1 Jun) untuk kegunaan orang ramai, namun pembukaann­ya secara rasmi belum diputuskan lagi,” katanya.

Pembinaan Jambatan Samarahan memberi kelegaan kepada penduduk di Bahagian Samarahan kerana memendekka­n tempoh perjalanan antara Asajaya dan Kota Samarahan.

Ketika ini, penduduk setempat terpaksa bergantung kepada perkhidmat­an feri untuk menyeberan­gi sungai berkenaan.

Sementara itu, keseluruha­nnya 724 kes kemalangan jalan raya di bahagian Samarahan pada 2017 iaitu di Kota Samarahan sebanyak 532 kes, Asajaya (133 kes) dan Simunjan (59 kes).

Ia memperliha­tkan penurunan berbanding 2016 yang mencatatka­n keseluruha­nnya 752 kes direkodkan, dengan Kota Samarahan (619 kes),Asajaya (62 kes) dan Simunjan (71 kes).

 ??  ?? RUBIAH (tengah) memakaikan topi keledar kepada penunggang.
RUBIAH (tengah) memakaikan topi keledar kepada penunggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia