Harian Metro

Jemaah Kabinet diingat utamakan khidmat

-

Putatan: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatk­an jemaah Kabinet negeri supaya mengutamak­an tugas dan perkhidmat­an kepada rakyat berbanding membuat pengubahsu­aian pejabat masing-masing.

Beliau memberi peringatan itu berikutan ada menteri dan pembantu menteri yang baru memasuki pejabat masing-masing pada minggu lalu merungut mengenai keadaan pejabat mereka yang usang.

“Ada yang merungut pejabat tiada penghawa dingin selain keadaan pejabat yang sempit dan lama tetapi saya katakan kepada mereka bukan itu yang penting.

“Apa yang penting ialah besarkan perkhidmat­an, jangan besarkan pejabat kerana bukan pejabat yang utama tetapi perkhidmat­an kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Parti Warisan Sabah (WARISAN) Petagas, semalam.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Junz Wong; Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Uda Sulai dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

Mohd Shafie turut mengingatk­an jemaah Kabinet kerajaan pimpinanny­a supaya tidak mengubah gaya hidup seperti membeli atau membina rumah baru.

“Jaga etika, jangan tukar rumah. Bagi saya tidak apa kalau kita menjadi hamba kepada rakyat kerana memang sewajarnya kita perlu mendengar suara rakyat,” katanya.

Katanya, dengan kekayaan negeri yang ada, beliau yakin dapat membantu rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik menerusi pelbagai pendekatan membangunk­an ekonomi yang boleh memberi pekerjaan kepada rakyat.

Beliau berkata, walaupun kerajaan negeri diketuai WARISAN berdepan cabaran untuk memulihkan ekonomi negeri, beliau yakin kepemimpin­annya mampu membawa perubahan kepada rakyat negeri ini.

Sementara itu, pada majlis berkenaan Mohd Shafie turut menyampaik­an bantuan kepada fakir miskin dan mualaf sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas.

 ??  ?? MOHD Shafie (empat dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Putatan di Masjid Daerah Putatan.
MOHD Shafie (empat dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Putatan di Masjid Daerah Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia