Harian Metro

China rampas Piala Thomas

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Bangkok: China merampas semula Piala Thomas selepas penantian selama enam tahun apabila mereka menundukka­n Jepun 3-1 pada perlawanan akhir, semalam.

Menariknya, mereka tidak perlu menggunaka­n khidmat juara dunia lima kali Lin Dan, yang tidak turun ke gelanggang sejak China melepasi peringkat kumpulan minggu lalu.

Skuad itu, kini di bawah kendalian ketua jurulatih Xia Xuanze berikutan persaraan Li Yongbo tahun lalu, melenyapka­n pengkritik yang mengecam mereka kerana gagal layak ke final dalam dua edisi terakhir.

Kejuaraan itu adalah yang ke-10 buat China, sejak kemenangan sulung mereka di London pada 1982.

“Pastinya ia satu kelegaan besar buat kami. Kami dikritik teruk oleh media sejak beberapa tahun lalu, jadi ia satu kemenangan hebat buat kami.

“Jepun hebat tapi pemain kami bertindak dengan baik untuk memastikan kejuaraan milik kami,” kata Xuanze, yang mengesahka­n Lin Dan tidak akan bersara dalam waktu terdekat.

Jepun, juara 2014, bermula dengan hebat apabila bekas pemain nombor dua dunia Kento Momota mengalahka­n juara Sukan Olimpik, Chen Long 21-9, 21-18 bagi mata pembukaan.

China bagaimanap­un bangkit memenangi tiga aksi berikutnya. Beregu utama Liu Cheng-Zhang Nan mudah mengatasi Takuto Inoue-Yuki Kaneko 21-10, 21-18, perseorang­an Shi Yuqi membantu mereka mendahului selepas menang 21-12, 21-17 ke atas Kenta Nishimoto.

Mata kemenangan diraih beregu nombor empat dunia Li Junhui-Liu Yuchen yang mengalahka­n Keigo Sonoda-Yuta Watanabe 17-21, 21-19, 22-20.

 ?? FOTO: MOHD YUSNI ARIFFIN ?? SKUAD Piala Thomas China memperaga trofi selepas benam
Jepun di final.
FOTO: MOHD YUSNI ARIFFIN SKUAD Piala Thomas China memperaga trofi selepas benam Jepun di final.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia